web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inisiatif SMG Dijangka Jana Pelaburan Lebih RM1 Bilion Menjelang 2030 - MB Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 8:07AM

Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG -  Inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang bertujuan mengubah Sungai Klang menjadi zon ekonomi maritim di negeri itu dijangka menjana pelaburan melebihi RM1 bilion menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pelaburan itu akan diwujudkan dalam bentuk usaha sama dengan syarikat tujuan khas negeri itu.

“Sungai Klang dan tambaknya mempunyai prospek cerah yang boleh membuka peluang bernilai tinggi untuk perniagaan dan pelabur yang faham, dan ketika ini kami sedang berunding dengan beberapa pihak untuk merealisasikan sejumlah aktiviti untuk mendorong pemulihan sungai itu,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan tapak di sini hari ini.

Amirudin berkata SMG mempunyai banyak potensi dan setakat ini kerajaan Selangor telah membelanjakan kira-kira RM45 juta untuk membersihkan Sungai Klang.

Walaupun negeri itu mengalu-alukan pelabur dan syarikat untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif SMG, beliau menegaskan, sebarang aktiviti yang dibina pada sumber dan ekosistem sungai itu sama ada sebagai sumber air, untuk kesalinghubungan tepi sungai atau hartanah di pinggir sungai, haruslah bersepadu dengan pelan induk SMG untuk memastikan objektif utama pemulihan Sungai Klang bagi menjadikannya kembali bersih tidak akan terjejas.

Beliau berkata empat tonggak- pembersihan sungai, kesalinghubungan sungai, pembangunan sungai dan pemuliharaan telah dikenal pasti sebagai pemacu utama SMG.

“Kesemua projek ini disasarkan siap menjelang 2030, seiring dengan aspirasi Smart Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai bandar pintar terkemuka di Asia Tenggara yang sesuai didiami,” katanya.

Sementara itu, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), diberi mandat oleh kerajaan negeri Selangor untuk menguruskan SMG.

Pengarah Urusan LLSB Syaiful Azmen Nordin berkata projek SMG iaitu Taman Pangkalan Batu di Klang merupakan antara beberapa taman awam pesisir sungai di negara ini dan satu-satunya di sepanjang koridor SMG.

Beliau berkata taman itu menjalani kerja-kerja naik taraf utama di bawah inisiatif SMG untuk mewujudkan lebih banyak ruang orang ramai yang terbuka.

“Tahun ini akan menyaksikan bermulanya beberapa peluang pelancongan menerusi projek SMG menerusi pelancaran perkhidmatan Teksi Sungai SMG tidak lama lagi, diikuti pembukaan Mangrove Point, taman alam semula jadi pertama di Malaysia yang menyokong pendekatan biofilik, pada akhir tahun ini,” kata Syaiful Azmen.

Beliau berkata kerja-kerja juga akan bermula bagi pembangunan dua projek pemangkin terakhir di bawah Fasa 1 SMG -- Grand Bazaar dan Cultural Village, kedua-duanya di Klang, yang merupakan fokus permulaan bagi inisiatif itu.

Pada tahun ini, projek SMG akan turut memperkenalkan ladang bandar organik di tepi sungai (projek perintis yang akan disertakan dalam fokus usahawan tani Selangor dengan sasaran membantu golongan B40) serta beberapa projek kesalinghubungan dan konsep kehidupan yang lestari.

Menurut laman web SMG, pelan induk itu merangkumi 88,000 ekar (35,612 hektar) di sepanjang 56km Sungai Klang. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang