web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia, Singapura Guna Teknologi Blok Rantai Untuk Sijil Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 1:31PM

Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sijil vaksinasi digital Malaysia dan Singapura dilindungi teknologi keselamatan blok rantai (blockchain) selain dilengkapi ciri mengesan kelompok botol vaksin yang tepat untuk kegunaan inokulasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam kiriman terbaru di Facebooknya mengenai perkara dibincangkan dalam pertemuan dengan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya, semalam.

“Saling boleh kendali antara sistem pensijilan digital yang digunakan kedua-dua negara sangat penting terutama bagi memastikan piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan negara-negara lain,” katanya.

Kedua-dua menteri juga membincangkan mengenai rancangan imunisasi kebangsaan masing-masing dan pertukaran amalan terbaik serta pengiktirafan dan perakuan sijil vaksinasi bagi tujuan pembukaan sempadan.

Malaysia dan Singapura juga komited untuk meneruskan kerjasama erat bagi tujuan pemulihan pasca-pandemik.

Dr Balakrishnan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Semalam, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dr Balakrishnan juga dijadual bertemu Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka