web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Perlu Proaktif, Sedar Gejala Awal HFMD - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 4:00PM

Khairy bercakap ketika majlis Hari Asma Sedunia di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa harus proaktif dan bersedia dengan maklumat lengkap sekiranya mendapati anak mereka mempunyai gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa memandangkan penyakit terbabit sedang meningkat khususnya di taska dan tadika.

Menurut beliau, pemilik premis juga perlu melakukan pembersihan setiap hari bagi menghalang HFMD daripada terus merebak.

"Kita perlu beri kesedaran kepada ibu bapa sekiranya terdapat gejala awal, agar tidak menghantar anak mereka ke tadika atau taska. Setakat ini HFMD banyak berlaku di dua premis tersebut kerana ia merebak melalui air liur. Sukar untuk kita menghalang kanak-kanak yang suka masuk tangan ke dalam mulut.

"Jadi, apa yang penting (ialah) penerangan diberi kepada ibu bapa, apa itu HFMD, gejala dan langkah perlu dilakukan sekiranya ibu bapa kesan ada tanda penyakit terbabit pada anak-anak. Mereka perlu tingkatkan kesedaran dalam latihan kendiri seperti yang kita belajar melalui COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Asma Sedunia di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar, hari ini.

Terdahulu, HFMD dilaporkan meningkat sebanyak 15 kali ganda dengan 31,661 kes direkodkan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 (14 Mei) lalu, berbanding ME sama tahun lepas yang hanya mencatatkan 2,121 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk kes yang dilaporkan sepanjang ME 19/2022, sebanyak 7,526 kes dicatatkan berbanding ME 18/2022 dengan 1,676 kes di seluruh negara iaitu peningkatan 349 peratus. 

Beliau berkata, sebanyak 889 wabak dilaporkan di Malaysia dengan kes tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 309 (35 peratus), diikuti Selangor (111) dan Perak (105). 

Jelasnya, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 29,781 kes (94 peratus) dan diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes (lima peratus). 

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat juga boleh mengakses maklumat serta titik panas HFMD menerusi aplikasi MySejahtera serta pejabat kesihatan berhampiran.

Kesedaran ibu bapa terhadap HFMD katanya, amat penting sebagai langkah awal dalam menghalang penyakit terus merebak.

"Dalam MySejahtera ada ciri-ciri baharu, iaitu orang ramai sudah boleh melihat beberapa penyakit berjangkit seperti HFMD dan tibi dalam kawasan kediaman mereka.

"Sekiranya (anak-anak) didapati menghidap HFMD, ibu bapa akan tahu apakah langkah perlu diambil dan premis juga perlu tahu tindakan iaitu pembersihan yang berlaku sekiranya sudah ada kanak-kanak yang menghidap HFMD," katanya. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Rencana 9 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah