web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Biarkan Cacar Monyet 'Bunuh' Rakyat Seperti COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2022 5:56PM

Mikrograf elektron (EM) tanpa tarikh ini menunjukkan partikal virus cacar monyet. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu bertegas dan lebih terbuka dalam menangani penyakit cacar monyet yang dikesan sedang menular di Amerika Utara dan Eropah.

Naib Presiden GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Baljit Singh berkata, tindakan Khairy ketika ini mencerminkan Malaysia tidak bersiap siaga dalam menghadapi ancaman yang dibawa jangkitan virus terbabit.

 Baljit Singh - Gambar dari Facebook Baljit Singh
Baljit Singh - Gambar dari Facebook Baljit Singh

Beliau mempersoalkan sikap Khairy yang memandang ‘sebelah mata’ kewajaran untuk rakyat berada dalam keadaan berjaga-jaga, susulan pembukaan semula sempadan negara ini terhadap pelancong warga asing.

"Adakah kerajaan bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk memantau dan memeriksa pelancong luar negara sekiranya virus cacar monyet ini semakin membimbangkan?

"Disebabkan itu, kerajaan dan menteri sepatutnya lebih terbuka dalam menyalurkan perkembangan terkini mengenai virus ini dan bukannya menyembunyikan maklumat," katanya hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terdahulu memaklumkan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

Malah, beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad kerana ia berlaku disebabkan  jangkitan orthopoxviruses. 

Menurutnya, virus tersebut ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. 

Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan.

Dr Noor Hisham - Gambar fail
Dr Noor Hisham - Gambar fail

Pada masa sama, kata Dr Noor Hisham, cacar monyet juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek dicemari virus, seperti tempat tidur atau pakaian.

Dalam perkembangan berkaitan Baljit berkata, tiada maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung jumlah bekalan vaksin di hospital kerajaan dan swasta, walaupun pakar kesihatan menasihatkan orang ramai yang melancong ke luar negara mengambil vaksin cacar air kerana dikatakan memiliki keberkesanan sehingga 85 peratus terhadap cacar monyet.

"Walaupun dilaporkan penyakit cacar monyet mungkin jarang membawa maut kepada manusia, Malaysia tidak seharusnya membuang masa dalam memperkenalkan langkah berjaga-jaga dan sekatan bagi mengehadkan penularan wabak.

"Ini mungkin satu lagi situasi yang bakal menyebabkan negara terkesan selepas COVID-19 dan disebabkan itu, menteri mesti bertindak untuk mengawal kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat mengenai jangkitan virus ini. Kerajaan juga perlu sentiasa memeriksa jangkitan dalam kalangan populasi haiwan di negara kita," katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet di negara ini.

WHO juga mengesahkan penularan wabak itu setakat ini hanya berlaku di Eropah meliputi United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman, selain Amerika Syarikat, Kanada serta Australia.

Setakat Selasa, lebih 100 kes dilaporkan sama ada yang disahkan mahupun disyaki dan kebanyakan jangkitan tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu. - Getaran, 25 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad