web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Sorok Hasil Siasatan Kematian Pelajar UUM - Dr Maszlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:44PM

Dr Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan hasil siasatan berhubung kematian seorang pelajar perempuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Sabtu lalu perlu didedahkan kepada umum.

Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan harus memandang serius perkara ini bagi memberi keadilan kepada ayah mangsa, R Sivakumar yang hanya mahukan kebenaran memandangkan ketika ini tiada penerangan jelas diberikan oleh pengurusan universiti dan polis.

“Saya memahami kegelisahan dan keluhan bapa mendiang mengenai cara UUM mengendalikan maklumat dan ketelusan berkenaan sebab kematian anaknya. Ayah mangsa berhak mendapatkan penjelasan punca renjatan eletrik itu kerana jika ia diakibatkan masalah infrastruktur di universiti, sudah tentu beliau tidak mahu peristiwa tersebut berulang kepada siswa lain.

“Saya berharap pihak UUM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kematian S Vinosiny, dan dapat memberikan penjelasan terperinci yang memuaskan berhubung kematian mendiang kepada keluarganya mendiang dan masyarakat umum,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam bersetuju dengan cadangan pelajar Student Progressive Front UUM (SPF UUM) agar perincian kes berkenaan perlu didedahkan dengan segera.

“Ia perlu dilaksanakan dan segera dedahkan laporan siasatan bagi mengelakkan spekulasi dalam kalangan mahasiswa. Saya menggesa agar pihak UUM mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, pihak polis dilaporkan berkata, mereka masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian R Vinosiny, iaitu seorang penuntut perempuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, yang meninggal dunia Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kematian pelajar berusia 21 tahun itu, namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan namun pihaknya masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Pada masa sama, UUM Sintok dalam kenyataannya berkata, pihak universiti masih menunggu laporan lanjut berhubung kematian pelajar perempuan terbabit.

Unit Komunikasi Korporat UUM dalam kenyataan berkata, R Vinosiny adalah pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dan pihak universiti amat berdukacita dengan tragedi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Penaung Kedah Sepakat, Nor Miswary Ramli berkata, UUM harus bertanggungjawab menyiasat dan menyediakan laporan telus berkaitan insiden berkenaan. 

Jelasnya, sebarang maklumat dan hasil siasatan perlu didedahkan tanpa kompromi.

“UUM digesa melakukan siasatan terperinci, adil dan telus serta memaklumkan hasil laporan tersebut kepada ibu bapa serta keluarga mangsa dengan segera.

“Cubaan melindungi atau menyembunyikan sebarang maklumat jika ada, hanya akan memburukkan lagi keadaan. UUM juga disaran mengemas kini perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut beliau, pengurusan UUM perlu mengambil kira dan menyediakan sokongan emosi kepada keluarga mangsa yang masih trauma dan bersedih atas kejadian itu.

“Saya menggesa pihak UUM  menyediakan bantuan sokongan dengan memberikan khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan keluarga mangsa.

“Semua hasil laporan perlu didedahkan kepada umum dan dijadikan panduan kepada pihak UUM untuk mengenal pasti serta menyediakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka