web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rafizi Dahului Saifuddin Di Melaka, Catat Kelebihan Tipis 963 Undi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 11:21AM

Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedang mendahului persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR apabila meninggalkan pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan jurang tipis iaitu 963 undi sahaja.

Rafizi kini sedang ke hadapan dengan memperoleh 2,427 undi berbanding 1,464 yang diraih Saifuddin bagi enam cabang di Melaka.

Bagaimanapun, keputusan dan jumlah undi bagi Majlis Pimpinan Pusat serta cabang negeri lain masih belum dipaparkan di laman web PKR  yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), hari ini.

Difahamkan, keputusan bagi negeri lain akan disiarkan sepanjang hari ini seperti yang dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Dalam pada itu, bagi enam cabang di Melaka, undi tertinggi Rafizi diperoleh di Masjid Tanah iaitu 551.

Bagi cabang lain pula, beliau memperoleh 543 undi di Alor Gajah, Tangga Batu (499), Hang Tuah Jaya (459), Kota Melaka (216) dan Jasin (159).

Sementara itu, undi tertinggi bagi Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR diperoleh di cabang Alor Gajah iaitu 493.

Undi di cabang lain untuk Saifuddin ialah 197 di Tangga Batu, Hang Tuah Jaya (433), Kota Melaka (173) dan Jasin (135).

Agak mengejutkan apabila Saifuddin hanya memperoleh 33 dari ahli PKR cabang Masjid Tanah.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal 28 Februari lalu.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa sebelum ini memaklumkan, pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga hari ini.

Jelasnya, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan