web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan 'Hangat-Hangat Tahi Ayam' Tambah Baik Akta Perikanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 7:09PM

Jabatan Perikanan kini dalam proses mengadakan rundingan awam dan perjumpaan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan cadangan meminda Akta Perikanan 1985. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar Polisi Maritim, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohammad Zaki Ahmad mengesahkan Jabatan Perikanan dalam proses untuk merangka draf pindaan Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, agensi kerajaan itu sedang berusaha mengadakan sesi rundingan awam dan perjumpaan bersama pelbagai pihak berkepentingan, bagi mendapatkan pendapat serta maklum balas berkaitan cadangan pindaan akta tersebut.

“Jabatan Perikanan sudah mengambil langkah tepat dalam menerangkan dan mendapatkan maklumat serta reaksi daripada komuniti nelayan mengenai draf pindaan Akta Perikanan 1985 yang sedang diperincikan.

“Terdapat keperluan untuk melaksanakan pindaan (secara keseluruhan) kerana sudah terlalu lama (akta lapuk) tidak dipinda,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Jelasnya, terdapat keperluan akta tersebut dipinda bersesuaian dengan instrumen dan kewajipan daripada obligasi antarabangsa bagi menyeragamkan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut.

Terdahulu, Getaran melaporkan sumber dari Jabatan Perikanan memaklumkan proses pindaan itu bermula pada 2019, namun tertangguh dan mengalami kesulitan disebabkan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan kerajaan akibat pandemik COVID-19.

Pegawai Jabatan Perikanan yang enggan dikenali berkata, pemahaman dan sokongan daripada pemegang taruh, khususnya nelayan sangat diperlukan bagi memastikan undang-undang baharu itu diluluskan demi mengekang bekalan ikan tidak ‘ghaib’ dari perairan negara.

Sekiranya bersedia, jelasnya, Jabatan Perikanan akan mencadangkan kepada kerajaan dan Ahli Parlimen untuk meminda Akta Perikanan 1985, khususnya terhadap nelayan asing yang ketika ini dianggap langsung tidak menggerunkan penceroboh.

Menurutnya, proses pindaan dijalankan kerana ia tidak pernah digubal secara sepenuhnya dalam memberi hukuman berat kepada nelayan asing yang melakukan penangkapan haram, di samping kawalan terhadap nelayan tempatan menggunakan peralatan perikanan sehingga mampu mengancam ekosistem marin.

Sementara itu, sumber industri perikanan mengakui agensi kerajaan terbabit sudah mengadakan perbincangan bersama pihaknya, namun belum dilaksanakan secara dasar, terutama terhadap nelayan asing yang terlalu rakus mencuri hasil laut negara.

Beliau yang juga seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Samad, 54 berkata, agensi berkaitan perlu menyemak dengan kajian meneliti perkara berkenaan, termasuk menambah hukuman kepada pesalah yang merompak hasil laut negara.

“Perkara (hukuman) itu boleh ditingkatkan, namun jangan hanya sekadar memberi denda sahaja seperti pindaan 2019. Itu tak menyeluruh, setakat naikkan denda mereka pasti akan datang ke laut kita semula. Laksanakan undang-undang bom atau musnahkan terus kapal nelayan asing, sekiranya mereka masuk ke kawasan Malaysia.

“Pada masa sama, teliti betul-betul macam mana nak pinda Akta Perikanan. Masalah ketika ini berlaku apabila hanya sebuah kapal nelayan asing ditahan, tetapi gagal dibuktikan merompak atau mencuri hasil laut kita.

"Kalau ada dua kapal bersama-sama kapal nelayan tempatan dan asing, kita boleh buktikan mereka bersubahat. Contoh seperti inilah Jabatan Perikanan perlu melihat perkara ini, dengan lebih mendalam,” katanya.

Pihak berkuasa menahan nelayan asing yang menceroboh perairan negara baru-baru ini. - Gambar fail
Pihak berkuasa menahan nelayan asing yang menceroboh perairan negara baru-baru ini. - Gambar fail

Lantaran itu, beliau mengharapkan agar kerajaan tidak sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ untuk meminda Akta Perikanan kerana komuniti nelayan sudah terlalu lama terseksa dengan kerakusan pendatang asing.

“Ini disebabkan undang-undang sedia ada terlalu ringan dan tidak mendatangkan ketakutan kepada mereka untuk terus mengulangi kesalahan itu. Kalau masih dipandang sepi, nanti Malaysia rugi kehilangan terus sumber hasil laut,” katanya.

Sebelum ini, Getaran turut melaporkan Malaysia bukan sahaja ‘terbeban’ dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.

Malah, kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan juga menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’, selain memberi implikasi besar terhadap nelayan tempatan.

Lebih menakutkan, hasil laut negara didakwa mungkin pupus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang sekiranya kegiatan terbabit gagal dikawal.

Bagaimanapun, isu terbabit dilihat tidak akan menemui noktah kerana menerusi maklumat diperoleh Getaran, wujud agensi kerajaan yang sanggup menjadi orang tengah bagi membolehkan permohonan nelayan asing, khususnya warganegara Vietnam untuk mendapat lesen menangkap ikan di Malaysia dipermudahkan. - Getaran, 3 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang