web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ayob Khan Nafi Keluar Kenyataan Ramai Pegawai Terbabit Edar Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 3:25PM

Ayob berkata laporan tersebut adalah rekaan semata-mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan sekeras-kerasnya terbabit memberikan kenyataan kononnya terdapat ramai pegawainya terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan dikeluarkan sebuah akaun Telegram kontroversi dikenali sebagai Edisi Siasat itu adalah rekaan yang berniat jahat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh saya kepada Telegram Edisi Siasat.

“Laporan tersebut adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan imej PDRM secara keseluruhannya,” katanya hari ini.

Ayob berkata, tindakan tersebut dilihat cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam PDRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa pegawai tertinggi JSJN dan pegawai PDRM lain bersekongkol dengan sindiket dadah.

“Sekiranya terdapat bukti kukuh mana-mana pegawai atau anggota bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Ayob Khan berkata, semua pencapaian PDRM hari ini bukanlah kejayaan individu, sebaliknya hasil kerjasama mantap semua jabatan dalam PDRM bersama kerjasama pihak luar.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebarkan kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Edisi Siasat menerusi aplikasi Telegram memuat naik kenyataan yang didakwanya diungkapkan oleh Ayob Khan awal hari ini.

Edisi Siasat mendakwa kononnya Ayob Khan sedang berperang seorang diri dengan sindiket dadah disebabkan ramai pegawai tinggi di JSJN dan PDRM terlibat dalam sindiket berkenaan. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

2

Semasa 1 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Percaya Taktik Skim Pelaburan Tidak Wujud Membabitkan TH

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Pastikan Tindakan Ke Atas Telegram Tidak Terlalu Jejaskan Pengguna

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki