web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 3:10PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau bersedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan salah laku yang membabitkan dirinya.

Katanya, beliau sedar terdapat pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan ke atas dirinya berikutan pendirian tegas beliau dalam melaksanakan tugas sebagai ‘orang nombor dua’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sila siasat (saya) dan siasat juga semua anggota keluarga saya, saya tiada masalah," katanya ketika menjadi ahli panel dalam forum integriti sempena sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2023 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tuduhan dan tomahan berkenaan.

Beliau bersama Pencetus Ummah (PU) Amin, atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Amin Lokman Hakim adalah panel jemputan forum berkenaan yang dikendalikan oleh Shamsul Azahar Aliddin sebagai moderator.

Ayob Khan berkata, setiap pemimpin perlu ada keberanian untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas petugas di bawah seliaannya, dan jangan hanya kerana mahu disanjung atau kekal popular, tanggungjawab sebenar diketepikan.

"Jika ada salah laku melibatkan pegawai atau anggota terutama rasuah, saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan pasti akan diambil. Selagi saya diamanahkan dengan tanggungjawab sedia ada, saya akan tunaikan," katanya.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalau YB Tak Tunjuk Contoh Baik, Bagaimana Rakyat Nak Patuh Undang-Undang - Ayob Khan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Razarudin KPN Baharu, Ayob Khan Sebagai Timbalan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayob Khan Nafi Keluar Kenyataan Ramai Pegawai Terbabit Edar Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'