web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Razarudin KPN Baharu, Ayob Khan Sebagai Timbalan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 1:08PM

Razarudin (kiri) dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu manakala Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rashid dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, berkuatkuasa Jumaat ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang menamatkan kontrak lebih awal berbanding jadual.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan itu adalah secara kontrak selama dua tahun yang akan berakhir pada 22 Jun 2025.

Menurut beliau, pelantikan Razarudin telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seperti termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Serentak dengan itu, Saifuddin turut mengumumkan pelantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Pelantikan beliau yang turut berkuatkuasa pada Jumaat juga telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, selaras Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan,” katanya, hari ini.

Saifuddin berkata, Razarudin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyandang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

“Sebelum menyandang portfolio Timbalan Ketua Polis, beliau terlebih dahulu dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selama setahun.

“Razarudin sebelum itu menyandang jawatan Ketua Polis Perak selepas dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Ayob Khan, Saifuddin berkata, mantan Ketua Polis Johor itu dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis pada 2020, dan mengetuai kontinjen polis Johor selama dua tahun.

“Beliau kembali ke Bukit Aman pada 2022 dan menyandang portfolio Pengarah JSJN, sebelum dilantik mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah sebagai Pengarah.

“Ayob Khan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari UKM juga pernah menyandang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen. Kerajaan mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan kedua-duanya,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Maktab PDRM Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber - KPN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi