web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Nyaris Maut Berlindung Dalam Tandas Ketika Rumah Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 5:57PM

Siti Katijah menunjukkan ruang tandas tempat dia berlindung dan bumbung dipecahkan anggota bomba bagi menyelamatkannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengalaman menakutkan ketika terperangkap hampir setengah jam dalam tandas ketika hampir keseluruhan rumah didiami ibunya di Lorong Fajar, di sini terbakar kelmarin, menjadi ‘mimpi ngeri’ tidak akan dilupakan Siti Katijah Ishak, 30, sepanjang hidup.

Menurutnya, pengalaman membuatkannya merasa seolah-olah tiada harapan selamat itu berlaku kira-kira jam 5.45 petang ketika dia yang berkunjung ke rumahnya berkenaan, terlelap seketika di ruang tamu.

“Saya tiba-tiba terjaga apabila mendengar adik menjerit menyatakan rumah terbakar. Saya terus berlari ke tandas untuk mengambil air bagi memadamkan kebakaran, namun api marak terlalu cepat dan air kolah juga kering.

“Akhirnya seorang adik lelaki saya memecahkan bumbung di bahagian dapur untuk menyelamatkan diri. Kesemua 12 orang dalam rumah berjaya naik ke bumbung dengan memanjat di atas timbunan baju yang diletakkan atas motosikal lama di dapur, namun saya gagal mengikut mereka,” katanya.

Ruang di mana ahli keluarganya memanjat timbunan baju untuk naik ke bumbung bagi menyelamatkan diri.
Ruang di mana ahli keluarganya memanjat timbunan baju untuk naik ke bumbung bagi menyelamatkan diri.

Dalam keadaan api kian marak, dia kemudian membuat keputusan berlindung di tandas yang terletak tidak jauh dari situ.

“Di tandas, tiga kali saya cuba memanjat ke bumbung namun tidak berjaya dan terjatuh. Selepas itu saya menjerit meminta tolong dan mengharapkan segera diselamatkan.

“Ketika itu, asap sangat tebal dan api menjulang, menyebabkan penduduk tidak berani memberi bantuan, mereka hanya menyimbah air.

“Hinggalah bomba tiba, baru saya diselamatkan apabila seorang daripada mereka masuk ke tandas itu dari bumbung,” katanya.

Jelasnya, beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dua adiknya, Siti Maimunah, 26, dan Siti Hajar, 22, parah selepas terjatuh ketika meniti bumbung rumah jiran untuk menyelamatkan diri.

Keadaan rumah keluarga Siti Katijah di Lorong Fajar, Alor Setar, Kedah yang musnah dijilat api.
Keadaan rumah keluarga Siti Katijah di Lorong Fajar, Alor Setar, Kedah yang musnah dijilat api.

Siti Maimunah, katanya, patah tulang belakang dan tulang pinggul, manakala Siti Hajar patah tulang pinggul.

Mengulas lanjut Siti Katijah berkata, beliau ada dihubungi pihak penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang bersedia membantu keluarga berkenaan menyewa di tempat lain.

Terdahulu, katanya, rumah terbabit dalam kebakaran itu adalah ihsan daripada Ebit yang menyewakan kepada mereka sekeluarga, selepas kisah kesempitan kehidupan keluarganya tular.

“Namun setakat ini kami masih mencari rumah untuk disewa. Buat masa sekarang, kesemua ahli keluarga kami yang berjumlah 18 orang menumpang sebentar di rumah saya di kawasan berhampiran,” katanya. - Getaran 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Angkara Rumah Asap, Lebih 850,000 Ekar Kawasan Musnah

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Buang Sampah Sesuka Hati, Tak Sepasal Bertukar Tragedi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'