web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MTUC Bantah Cadangan Laksana Pelbagai Kesatuan Kerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 7:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan melaksanakan kepelbagaian Kesatuan Sekerja di mana-mana organisasi menerusi penguatkuasaan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 menerima bantahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mengadakan Mesyuarat Majlis Am MTUC bagi mendapatkan rekomendasi dan pandangan ahli berkenaan akta tersebut. 

"Mesyuarat Majlis Am telah sebulat suara mencapai persetujuan untuk membantah cadangan mengeluarkan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu, ataupun persamaan dalam tred, pekerjaan atau industri bagi membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja (Multiplicity of Unions) diadakan," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Kamarul Baharin Mansor
Kamarul Baharin Mansor

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, pihaknya telah pun menyuarakan pandangan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam pertemuan di Putrajaya pada 29 Jun lalu. 

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah memberi jaminan untuk membincangkan isu kepelbagaian kesatuan berkenaan.

"Menteri Sumber Manusia telah mengambil kira pandangan MTUC dan bersetuju untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dalam masa terdekat ini, bagi memastikan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 berjalan lancar.

"MTUC ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia kerana sudi mendengar pandangan pihak kami," katanya. 

Dalam pada itu, Kamarul Baharin menyeru gabungan kesatuan di negara ini untuk terus bersatu dan berganding bahu dalam menyelesaikan isu berkenaan komuniti tersebut. 

"Ini perlu agar usaha itu mampu mewujudkan kerangka perundangan dan menyokong penubuhan serta pentadbiran kesatuan sekerja yang matang, progresif mahupun relevan.

"Sokongan padu dari kesatuan gabungan kepada usaha dan urusan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 amat diharapkan," katanya. 

Terdahulu, Dewan Rakyat pada 30 Mac lalu meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memberikan perlindungan dan kebajikan lebih baik kepada golongan pekerja. 

RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 antara lain bertujuan meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan objektif menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam tred, pekerjaan atau industri bagi membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja. - Getaran, 2 Julai 2022.










 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'