web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Audit Pemutihan Elak Ketirisan Pengedaran Minyak Masak Peket - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 5:28PM

Operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif melibatkan 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak peket yang beroperasi di seluruh negara akan diadakan bagi mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak peket. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, membabitkan 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak peket yang beroperasi di seluruh negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut bertujuan mendapatkan status sebenar mengenai jumlah minyak masak peket dikeluarkan syarikat pengeluaran dan pembungkusan, selain maklumat lengkap penerima minyak masak bersubsidi itu. 

Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diadakan hari ini. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diadakan hari ini. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri Yaakob

Menurut beliau, kerajaan sudah mengarahkan pihak penguatkuasa yang terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ‘menggempur’ dari peringkat kilang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan. 

“Langkah terbabit demi memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM4 bilion yang disalurkan pada tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia dan tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dihadiri beberapa menteri dan wakil agensi kerajaan.

Antara pihak terbabit adalah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA). 

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen pengilang serta pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi. 

“Perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak peket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri mengesahkan sekuriti makanan dijadikan agenda keutamaan dalam konteks Keselamatan Dalam Negeri bagi mengatasi pelbagai masalah berbangkit yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup Keluarga Malaysia. 

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas pada harga lebih murah. 

“PJKM akan melibatkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta diperluas ke institusi pengajian tinggi di seluruh negara. 

“Program bakal diterajui bersama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan ini turut dilaksanakan dalam konsep bergerak,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan bakal memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran koperasi dan kafeteria serta premis jualan makanan di institusi pengajian tinggi di seluruh negara, sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pagi, tengahari dan malam pada harga berpatutan. 

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi sebaik mungkin,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad