web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ambil Tindakan Jika Bersalah Rempuh Kereta - Wee Ka Siong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 3:01PM

Tangkap layar menunjukkan sebuah lori melanggar beberapa kenderaan lain di Johor Bahru-Woodlands pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas bersama kenderaan lain di Johor Bahru – Woodlands pagi tadi, jika dia terbukti bersalah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, tindakan tegas juga akan diambil ke atas syarikat berkaitan jika mereka didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan, sebaik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selesai menjalankan siasatan mengikut

Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Menurut beliau, semua tindakan itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja JPJ melengkapkan audit ICOP.

“Ia termasuk menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Saya ambil maklum mengenai kejadian sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan lain di JB - Woodlands pagi tadi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

 

Saya ambil maklum mengenai kejadian sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan lain di JB - Woodlands pagi tadi. Agensi di bawah MOT, JPJ akan segera menjalankan siasatan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden ini. Sementara pihak PDRM akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, setelah JPJ melengkapkan audit ICOP. Ini termasuklah seperti menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Manakala pihak MIROS pula akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku. Orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan tersebut berlaku diminta menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video jika ada, bagi membantu siasatan. Saya amat memandang serius kes-kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

Posted by Wee Ka Siong on Wednesday, July 6, 2022

Ka Siong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut manakala Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut.

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan tersebut diminta menyerahkan semua bukti seperti rakaman video jika ada, bagi membantu siasatan.

"Saya amat memandang serius kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya," katanya. - Getaran, 7 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini