web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sikap Tak Peduli, Kurang Diselenggara Punca Tandas Awam Terus Kotor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 11:21AM

Mohd Yusof Abdul Rahman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tandas awam kotor bukan isu baharu, malah sudah berlaku sejak sekian lama dan masih berterusan serta diperdebatkan sehingga hari ini. 

Mengapa isu tersebut masih berlaku? Apakah tiada jalan penyelesaian untuk menangani masalah itu?

Menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, isu tandas awam tidak akan selesai sekiranya masyarakat di negara ini, masih bersikap mementingkan diri dan menganggap prasarana terbabit sebagai kemudahan untuk urusan peribadi sendiri semata-mata.

Jelasnya, rakyat tidak wajar terus memiliki pemikiran seperti warga ‘dunia ketiga’ dalam aspek penyelenggaraan kerana ia akan menyebabkan kemudahan yang ada tidak mampu dijaga dengan baik, walaupun negara mempunyai infrastruktur kelas pertama.

“Kita boleh melihat masyarakat di negara seperti Jepun, macam mana mereka boleh menjaga tandas awam dengan baik. Mereka mementingkan dari segi kemudahan kepada orang lain yang turut menggunakannya bukan hanya untuk diri sendiri, namun sikap ini tidak ada bagi segelintir rakyat kita yang memikirkan kegunaan untuk peribadi tanpa mempedulikan orang lain.

“Inilah mentaliti masyarakat kita, sepatutnya perlu memikirkan bila dah gunakan tandas tersebut, perlu juga ingat kepada orang lain. Nilai ini dipegang rakyat Jepun kerana mereka dididik dengan budaya itu semenjak kecil,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Lantaran itu, katanya, ibu bapa perlu menjadi ‘role model’ (tauladan) kepada anak mereka dalam mempraktikkan penjagaan kebersihan tandas bermula dari rumah.

Sekiranya itu berlaku, beliau berkata, tidak mustahil etika penggunaan tandas dengan baik akan menjadi budaya dalam kalangan murid.

“Sewajarnya budaya menjaga kebersihan tandas seperti di Jepun diterapkan, namun ia memerlukan jangka masa panjang yang patut bermula sejak kecil, ia tak boleh berubah sekelip mata kerana apabila dewasa, mereka mempunyai kefahaman pentingnya perkara itu dijaga sebaiknya.

“Ibu bapa perlu jadikan rumah sebagai tempat memulakan amalan baik ini agar anak-anak mereka mampu menjaga kebersihan tandas awam ataupun kemudahan di tempat lain dengan sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zaini Hassan meluahkan kekecewaan apabila keadaan tandas awam di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Sungai Petani dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dalam keadaan kotor serta menjijikkan.

Sementara itu, Mohd Yusof berpandangan tandas awam perlu diangkat sebagai ruang pembelajaran atau platform berkempen bagi mendidik rakyat mengenai aspek kebersihan.

Selain kesedaran masyarakat awam, jelasnya, kerajaan perlu memainkan peranan dari segi menormalisasi atau membudayakan etika tersebut dengan baik agar rakyat mampu memahami etika berkongsi, nilai menghargai kebersihan dan tanggungjawab bersama.

“Perkara ini memerlukan kesedaran yang harus dilaksanakan dalam bentuk peringatan berulang, seperti memberi amaran atau kempen kepentingan agar mesej menjaga kebersihan itu mampu disampaikan dengan sebaiknya kepada orang ramai, agar mereka membuka mata untuk melakukan amalan positif terbabit.

“Pihak pengendali pusat kemudahan awam juga perlu memastikan tandas disediakan dijaga dengan sebaiknya dan nampak berkualiti.

“Amat mendukacitakan sekiranya masih berlaku isu tandas kotor ini dan diharap ada tindakan segera dari pihak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah