web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Stor Haram Seleweng Diesel Bersubsidi Diserbu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 1:34PM

Sebuah stor haram yang dijadikan tempat kegiatan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Seremban, Negeri Sembilan diserbu KPDNHEP, semalam - Gambar ihsan KPDNHEP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah stor haram yang dijadikan tempat kegiatan sindiket penyelewengan petrol diesel bersubsidi di Kampung Bemban Hilir di Seremban diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, semalam. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Abd Muis Samsudin berkata, serbuan itu hasil risikan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai kegiatan pembelian diesel di stesen minyak sekitar Seremban.

“Mereka disyaki melakukan aktiviti penghantaran dan penyimpanan di stor itu kerana kedudukannya dan sudah beroperasi sejak enam bulan lalu. Hasil serbuan ini, KPDNHEP menemui 31,215 liter diesel bersubsidi,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Abd Muis menegaskan ketika serbuan pada jam 5.30 petang, empat lelaki tempatan sedang menjalankan kerja pemindahan diesel daripada sebuah motolori tangki dan sebuah motolori bonded yang diubah suai ke dalam tangki petrol di stor berkenaan.

Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 42 tahun cuba melarikan diri, namun ditangkap pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 11 unit tangki petak dan sebuah skid tank yang berisi diesel dipercayai dipindahkan daripada lori-lori berkenaan melalui hos. 

“Semakan dilakukan dengan suspek ditemui juga mendapati premis diserbu tidak mempunyai lesen sah atau apa-apa dokumen kebenaran daripada pengawal bekalan untuk menjalankan urusan barang kawalan bersubsidi diesel,” katanya. 

Jelasnya, kesemua diesel, tangki dan dua lori serta peralatan digunakan untuk kerja pemindahan petrol itu, disita dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM269,912.25. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan. 

“Kita juga membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat tidak dilesenkan,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global