web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PERKESO Komited Bantu SPRM Tangani Tuntutan Palsu, Penyelewengan Insentif Penjanakerjaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:19PM

PERKESO memandang serius kes tuntutan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) yang membabitkan majikan dan penyedia latihan di seluruh negara melalui Ops Hire. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memandang serius kes tuntutan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) yang membabitkan majikan dan penyedia latihan di seluruh negara melalui Ops Hire.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya komited untuk memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan terhadap isu penyelewengan tersebut. 

Menurutnya, komitmen terbabit diberikan kerana bantuan kewangan disediakan kerajaan bertujuan meringankan beban pihak yang layak dan benar-benar memerlukan, mengikut syarat serta kaedah ditetapkan.

“Dalam menangani isu ini, PERKESO sudah mengambil tindakan proaktif dengan menggantung bayaran Program PenjanaKerjaya berjumlah RM423 juta.

“Tindakan penggantungan bayaran tersebut dibuat berdasarkan penganalisian data dan pemantauan berterusan oleh Bahagian AntiFraud, Etika & Integriti (AFEI), PERKESO,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ops Hire yang bermatlamat membanteras penyelewengan dana kerajaan, dilaksanakan secara bersepadu bermula Rabu lalu selepas SPRM dan PERKESO menjalankan pemantauan serta risikan terhadap penerima dana PenjanaKerjaya sejak Mei tahun lalu. 

Hasil siasatan mendapati ada antara majikan yang mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana tersebut. 

Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata, pihaknya amat menekankan nilai integriti, kejujuran dan amanah dalam pengagihan bantuan kewangan kerajaan kerana ia membabitkan dana awam.

“Majikan diingatkan agar jujur dan berintegriti dalam mengemukakan permohonan untuk apa-apa program bantuan kerajaan, termasuk PenjanaKerjaya yang dilaksanakan agensi ini.

“Majikan yang menyalahgunakan dana PenjanaKerjaya ini atau mengemukakan permohonan tanpa mengikut syarat ditetapkan, diminta tampil dan membuat bayaran balik secara sukarela atau berhubung dengan PERKESO bagi menyelesaikan isu itu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, AFEI akan berkerjasama rapat dengan Bahagian Kewangan dan Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO untuk memastikan setiap permohonan diperoleh dapat disemak sepenuhnya dengan teliti, sebelum bayaran dibuat kepada penerima insentif. 

Jelasnya, sehingga kini, jumlah bayaran dibuat pertubuhan itu kepada majikan dan pekerja di bawah PenjanaKerjaya adalah RM1.72 bilion, membabitkan 45,379 majikan bagi menempatkan 327,789 pencari kerja ke dalam pekerjaan.

“PenjanaKerjaya adalah inisiatif kerajaan bagi merangsang pewujudan pekerjaan oleh majikan, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

“Program ini mula diperkenal buat pertama kali pada 15 Jun 2020 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan kini masih diteruskan menerusi inisiatif JaminKerja-Insentif Penggajian,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang