web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Terus Terajui PKR, Rafizi Rasmi Timbalan Presiden

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 12:34PM

Anwar kekal sebagai Presiden PKR. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi berjaya mengekalkan jawatan Presiden PKR menerusi pengumuman dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini.

Pengumuman berkenaan disampaikan Timbalan Pengerusi JPPPKR, Saiful Izham Ramli pada Kongres Nasional Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR untuk tempoh 2022-2025.

Kerusi Timbalan Presiden PKR yang sebelum ini milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya ditawan mantan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Terdahulu, aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim diumumkan sebagai Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) manakala Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai timbalannya.

Bagi Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Ahli Dewan Negara, Senator Fadhlina Sidek berjaya memenangi jawatan Ketua Wanita PKR manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli dipilih sebagai Timbalan.

Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi penggal 2022-2025:

Pengerusi Tetap: Datuk Ahmad Kassim

Timbalan Pengerusi Tetap: Mustaffa Ghazanfar

Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden: Mohd Rafizi Ramli

Naib Presiden:

1. Datuk Seri Amirudin Shari

2. Nik Nazmi Nik Ahmad

3. Chan Lih Kang

4. Datuk Seri Aminuddin Harun

Anggota Majlis Pimpinan Pusat:

1. Dr Maszlee Malik

2. Akmal Nasrullah Mohd Nasir

3. Fahmi Zainol

4. Romli Ishak

5. Mohd Yahya Mat sahri

6. Elizabeth Wong

7. Mohd Yahya Mat Sahri

8. Lee Chean Chung

9. Siti Aishah Shaikh Ismail

10. Syed Ibrahim Syed Noh

11. Datuk Gerald Hans Isaac

12. Simon Ooi Tze Min

13. Raiyan Abdul Rahim

14. Tan Kar Hing

15. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah

16. Zahir Hassan

17.  David Cheong Kian Young

18. Hee Loy Sian

19. Amidi Abdul Manan

20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik - Getaran, 17 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global