web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Penyakit’ Hina Islam Semakin Parah, Pelan Strategik Harus Digarap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 3:03PM

Pihak berkuasa harus segera menggarap 'Pelan Strategik Raya' bagi memulihkan penyakit masyarakat yang semakin berani melakukan penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa harus segera menggarap 'Pelan Strategik Raya' bagi memulihkan penyakit masyarakat yang semakin berani melakukan penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia.

Pakar perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, keterujaan sesetengah individu atau kumpulan untuk mengamalkan prinsip kebebasan bersuara secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat semakin sakit.

Dr Shamrahayu Ab Aziz - Gambar Fail
Dr Shamrahayu Ab Aziz - Gambar Fail

“Perkembangan semasa membabitkan perbuatan menghina Islam amat membimbangkan. Ia semakin parah dan membarah. Kita perlukan ubatan yang segera dan berkesan.

“Untuk penguasa, segeralah garap pelan strategik raya bagi memulihkan sakit dihidapi masyarakat sekarang. Tiga puluh tahun (pun) belum tentu kita akan berjaya, jadi segerakanlah. Kita bentuk generasi Salahuddin al-Ayyubi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya, terdapat keperluan untuk keberkesanan hukuman dikaji dengan lebih terperinci agar lebih setimpal untuk mana-mana individu yang menghina Islam.

“Undang-Undang mempunyai peruntukan yang dimuatkan dalam Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Syariah. Berkaitan juga adalah Akta Hasutan. Undang-undang ini menyediakan hukuman. Berat atau ringan hukuman masih perlu kita bahaskan.

“Namun, persoalan lebih besar ialah keberkesanan hukuman berkenaan. Ini juga perlu diketengahkan. Kita kena fikir jenis dan bentuk hukuman. Para ulamak dan umarak, serta cendekiawan perlu tampil atau ditampilkan oleh pihak berautoriti dalam kadar segera,” katanya.

Shamrahayu berkata, pendidikan, dakwah dan dialog perlu diwujudkan, berbanding hanya melaksanakan penghayatan kepada kesucian agama Islam.

Menurut Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, keluarga dan orang ramai perlu memainkan peranan dalam mengambil berat isu tersebut.

“Pendidikan tentang kesucian agama Islam perlu dikukuhkan melalui pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat, bahkan pengukuhan kepada amalan agama perlukan dasar yang jelas, sama ada dalam pendidikan formal atau tidak formal. 

“Ilmu, akhlak, dan kegiatan amar ma'ruf nahi munkar perlu dijadikan teras. Ini bukan tugas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja. Ini juga bukan tugas pihak berkuasa agama sahaja. Ia perlukan penglibatan agensi atau kementerian yang pelbagai,” katanya.

Semalam, satu video berdurasi 36 saat yang memaparkan seorang lelaki menghina Allah, Rasulullah SWT dan agama Islam tular di media sosial.

Semalam, satu video berdurasi 36 saat yang memaparkan seorang lelaki menghina Allah, Rasulullah SWT dan agama Islam tular di media sosial - Gambar Fail
Semalam, satu video berdurasi 36 saat yang memaparkan seorang lelaki menghina Allah, Rasulullah SWT dan agama Islam tular di media sosial - Gambar Fail

Susulan insiden di Puchong itu, dia mengalami kecederaan di bahagian muka apabila dibelasah beberapa individu yang berang dengan penghinaan dilemparkan.

Lebih malang, dia turut ditahan polis tidak lama selepas dibelasah dan berdepan siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa tindakan tegas terhadap dalang-dalang yang cuba menyeleweng akidah umat Islam perlu dilakukan disebabkan gejala Islamofobia yang membawa sentimen membenci dan menghina agama Islam sudah berkembang di Malaysia.

“Sekali lagi muncul watak seorang pemuda mengeluarkan dengan sengaja kata-kata biadap terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW dan Islam serta dengan terang-terangan ditular dalam media sosial.

“Apakah motif individu ini? Adakah dia bertindak berseorangan atau ada dalang yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan dalam masyarakat?

“Kami prihatin dengan adanya trend penghinaan terhadap agama yang semakin berleluasa. Ini perlu disiasat dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya.

Jelas beliau, gejala menghina agama yang dibawa daripada budaya sekular dan liberal barat tidak boleh dibiarkan terus merebak dan berleluasa dalam negara.

“Jika sebelum ini ada segelintir individu daripada pihak bukan Islam melakukan penghinaan terhadap agama Islam secara terbuka, kini tercetus golongan tertentu dalam masyarakat Islam sendiri yang melakukan demikian.

“Adakah ada usaha tersirat yang sedang berkembang di dalam negara ini untuk mencetuskan konflik dalam masyarakat berasaskan ras (sekelompok manusia berdasarkan kualiti fizikal atau sosial yang dikongsi ke dalam kategori yang umumnya dilihat berbeza oleh masyarakat) dan agama?” soalnya. - Getaran, 18 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan