web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Lebih RM24 Juta, 3 Termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Direman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:05AM

Penahanan suspek dibuat di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 6 petang, sewaktu kesemuanya hadir memberi keterangan - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara menerima rasuah lebih RM24 juta, tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sumber memberitahu Getaran, penahanan mereka dibuat di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 6 petang, sewaktu kesemua suspek hadir memberi keterangan.

Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat sebuah bank dan dua lagi suspek berkenaan disyaki menerima suapan terbabit sebagai balasan kerana meluluskan pinjaman dibuat satu syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.

“Permohonan reman suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an dan dua lagi suspek lelaki berusia antara 53 hingga 58 tahun itu dibuat jam 9 pagi tadi di Mahkamah Majistret Putrajaya.

"Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor membenarkan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 23 Julai," katanya ketika dihubungi.

Jelas sumber, suspek wanita tersebut dipercayai menerima wang rasuah berkenaan ketika berkhidmat dengan anak syarikat sebuah bank sekitar 2010.

“Suspek lelaki berusia 53 tahun itu pula kini bekerja sebagai perunding kewangan manakala rakannya tidak bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka