web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Siasat Najib Fitnah PH Punca Isu Bayaran Kesultanan Sulu Bermula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 1:44PM

Adam Adli (tengah) menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap Najib yang menimbulkan fitnah dengan menuduh Pakatan Harapan (PH) punca isu waris Sultan Sulu terhadap Sabah bermula - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas fitnah bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah punca isu waris Sultan Sulu terhadap Sabah bermula.

Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim berkata, isu tersebut bermula disebabkan kecuaian Najib yang telah menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion.

Menurut beliau, kecuaian tersebut dikenal pasti berdasarkan laporan berita yang tersiar dan dibacanya semasa berada di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Petaling Jaya.

“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu (seperti kehendak perjanjian) dalam tahun 2013. 

“Sepatutnya, sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Adam Adli menegaskan, keputusan Najib mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

“Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017, semasa Najib masih menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, AMK berharap laporan yang dilakukan di seluruh negara mampu membolehkan kertas siasatan dibuka, untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian tanpa kecuaian sehingga merugikan rakyat dan negara.

Tegasnya, tuduhan yang dibuat Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu dan meletakkan kesalahan atas kerugian dialami kepada kerajaan PH perlu diteliti sepenuhnya kerana ia mampu menimbulkan kekacauan pelbagai pihak.

“Kamu (Najib) buat berita tidak betul sedangkan kita tahu berdasarkan laporan, boleh nampak sebenarnya kegagalan kerajaan untuk membayar tuntutan mengikut perjanjian Kesultanan Sulu adalah pada era pentadbiran beliau. Tak boleh salahkan PH dengan tujuan untuk timbulkan ketidak ketenteraman awam.

“Ini usaha kita jalankan sebab kalau buat seorang dua, ia tidak akan memberi kesan. Kalau kita tak laksana perkara ini, nanti dia (Najib) tanya macam mana nak siasat kalau tiada laporan. Ini buktinya dan pihak polis memberi kerjasama dengan baik, beberapa soalan akan dirujuk selepas ini dan harap siasatan boleh dimulakan.

“Beberapa saranan misalnya boleh disiasat di bawah beberapa perkara seperti Akta 574 dan peraturan-peraturan di bawah ketenteraman awam kelakuan dan tatatertib, ada peruntukan undang-undang sesuai untuk digunakan bagi membuka kertas siasatan,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

3

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'