web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larang Kemasukan Alat Ganti Ubah Suai Haram, Bendung ‘Mat Rempit’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 2:09PM

Larangan itu juga mampu membendung kegiatan lumba haram membabitkan kumpulan ‘mat rempit’. - Gambar hiasan dari fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melarang kemasukan alat ganti pengubahsuaian motosikal bagi mengelakkan pemiliknya melakukan ubah suai secara tidak sah ke atas kenderaan itu.

Ketua Aktivis Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat (PPDM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, larangan tersebut juga mampu membendung kegiatan lumba haram membabitkan kumpulan ‘mat rempit’. 

Menurut beliau, kerajaan perlu adil untuk tidak hanya menghukum rakyat yang melakukan kesalahan semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan terhadap keperluan bagi penguatkuasa mengambil tindakan kepada pemilik bengkel yang menawarkan pengubahsuaian alat ganti motosikal. 

“Jika benar kerajaan ingin menyelesaikan isu ini, lebih baik kerajaan memainkan peranan utama dengan mengharamkan kemasukkan alat ganti pengubahsuaian dan bukannya menzalimi rakyat sendiri.

“Jangan hanya tahu menghukum, tetapi dalam masa sama kerajaan yang bertanggungjawab membenarkan alat ganti pengubahsuaian dibawa masuk dalam negara, dijual kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran hari ini. 

Terdahulu, Getaran melaporkan terdapat keperluan buat kerajaan mengharamkan penggunaan motosikal di seluruh negara selepas jam 9 malam bagi membendung kegiatan lumba haram membabitkan kumpulan ‘mat rempit’.

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail optimis bahawa ia mampu dilakukan dengan merujuk kepada pematuhan orang ramai untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing selepas jam 8 malam, ketika kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, cadangan itu berjaya dilaksanakan di beberapa negara Eropah dan turut mampu mengatasi pelbagai isu sosial.

Rozmi menegaskan, undang-undang itu perlu segera dilaksanakan memandangkan kumpulan mat rempit dilihat semakin ‘agresif’, malah negara merekodkan kira-kira 6,000 kematian di Malaysia setiap tahun membabitkan kemalangan motosikal.

Bagaimanapun katanya, advokasi kepada rakyat perlu dilakukan terlebih dahulu agar rakyat memahami sepenuhnya kepentingan kerajaan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, pemilik motosikal terutama anak muda tidak mungkin dapat mengubah suai kenderaan mereka jika kerajaan tidak membenarkan pembekal membawa masuk alat ganti kenderaan tersebut ke dalam negara.

Jelasnya, kerajaan perlu memandang serius perkara itu agar kemalangan membabitkan penunggang motosikal dapat dikurangkan di Malaysia. 

“Kenapa hanya pemilik kenderaan, khususnya anak-anak yang berdarah muda sahaja dikenakan tindakan undang-undang. 

“Mereka dikenakan tindakan kerana mengubah suai motosikal mereka sedangkan pembekal dibebaskan begitu sahaja. Itu sangat tidak adil kepada masyarakat di Malaysia,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global