web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Tiada Kehendak Politik Banteras Mat Rempit, Ka Siong Bersuara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jul 2022 8:42PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tidak memiliki kehendak politik dalam membanteras kegiatan lumba haram membabitkan kumpulan mat rempit.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Ka Siong tidak mempunyai keazaman politik dalam perkara itu sebagaimana tindakannya menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) terhadap pemandu mabuk. 

Menurut beliau, sikap itu jelas membuktikan Ka Siong tidak layak memegang jawatan Menteri Pengangkutan kerana tidak dapat melihat jurang perbezaan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk dan mat rempit.

"Wee (Ka Siong) sepatutnya mengenakan hukuman yang sama terhadap mat rempit seperti yang dikenakan ke atas pemanduan dalam keadaan mabuk kerana dengan jelas memandu secara berbahaya. 

"Pada masa sama, ia secara nyata mampu mengancam nyawa pengguna yang tidak bersalah ketika sedang menggunakan jalan raya mahupun lebuh raya di negara ini," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, Ka Siong dilihat 'panas punggung' dengan mengkritik Guan Eng tidak mengambil serius dan tidak meneliti Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020 (Akta 333) yang telah diwartakan.

Sambil merujuk pindaan tersebut, Presiden MCA itu menegaskan, RUU berkenaan memfokuskan kepada tiga isu utama iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya atau melulu. 

"Adakah tiada kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal sehingga meragut nyawa sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini? Apakah gabungan itu tiada keinginan untuk segera mengatasi perkara ini?

"Ini berbeza sejak saya mula menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Saya segera meminda Akta 333 bagi meningkatkan hukuman kepada pesalah jalan raya demi memastikan ia selamat digunakan sesiapa sahaja,” katanya.

Menurut beliau, pindaan tersebut bukan sahaja melibatkan pemandu mabuk bahkan mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah, memandu secara berbahaya, tidak cermat dan melulu.

Tegasnya lagi, bukan sahaja hukuman mahupun undang-undang diperkasakan, malah agensi dibawah Kementerian Pengangkutan (MOT) turut memperhebatkan advokasi serta kempen kesedaran mengenai keselamatan jalan raya kepada orang ramai.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, operasi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang termasuk kegiatan lumba haram di jalan raya turut ditingkatkan bersama agensi kerajaan lain secara bersepadu.

"MOT juga menubuhkan pasukan petugas khas yang memberi fokus terhadap kemalangan membabitkan pengguna motosikal termasuk melaksanakan kajian. 

"Ini bagi mengenalpasti dan mengemukakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu ini untuk tempoh masa panjang,” katanya.

Ujarnya, antara aspek yang akan diteliti termasuklah aspek peraturan, komponen teknikal kenderaan dan aktiviti advokasi yang lebih berkesan serta perincian mengenainya akan diumumkan kelak. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini