web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Diharam Jadi Duta Lariskan Produk Kosmetik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 12:57PM

Dr Noor Azmi Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan golongan profesional seperti doktor perubatan bagi melariskan jualan produk kosmetik adalah dilarang dan sekiranya dilakukan, ia boleh dikenakan tindakan tegas oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tindakan regulatori seperti amaran iklan dan pembatalan produk kosmetik bernotifikasi akan diambil sekiranya ia diuar-uarkan menggunakan tuntutan perubatan serta melampau mengikut skop taksiran barang tersebut.

Menurut beliau, statistik merekodkan daripada 1,775 iklan kosmetik yang dipantau pihaknya, 283 diberi amaran dan 104 produk terbabit dibatalkan status notifikasinya oleh KKM.

“KKM juga sentiasa menjalankan tindakan pemeriksaan dan operasi serbuan berterusan, termasuk di media sosial serta platform e-dagang, di samping ke atas premis mahupun penjual bagi mengekang penjualan produk (mempunyai bahan terlarang). Syarikat tidak mengikut undang-undang akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1992.

“KKM di bawah pemantauan penguatkuasa farmasi juga menerima 86 aduan mengenai jualan kosmetik tidak bernotifikasi sejak 2021 hingga Jun tahun ini. Berdasarkan pengesahan aduan, 444 premis diserbu yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM4.3 juta.

“Sekiranya melibatkan orang profesional seperti doktor, maka maklumat akan disalurkan ke badan profesional yang mengawal selia amalan doktor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal daripada Sabri Azit (PAS-Jerai) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Doktor perubatan yang menjadi duta untuk melariskan jualan produk kosmetik akan dikenakan tindakan tegas daripada KKM. - Gambar hiasan
Doktor perubatan yang menjadi duta untuk melariskan jualan produk kosmetik akan dikenakan tindakan tegas daripada KKM. - Gambar hiasan

Sabri menerusi soalan lisannya meminta KKM menyatakan apakah tindakan pemantauan sudah dibuat bagi menangani doktor di media sosial yang berleluasa melariskan jualan produk kosmetik, hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna. 

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Sabri yang mempersoalkan kaedah pemantauan lain boleh diguna pakai KKM, Noor Azmi menegaskan, pihaknya melancarkan kaedah pembelajaran kepada rakyat dalam mendidik orang ramai agar tidak tertipu dengan produk kosmetik tidak bernotifikasi.

“Kita ada buat duta ubat, kempen kenali ubat agar rakyat jangan tertipu dengan jualan atas talian yang menyimpang jauh untuk pengguna memahami dan kita mahu orang ramai membuat aduan kepada KKM sekiranya menerima produk mencurigakan.

“Jadi, insyaallah, mudah-mudahan masalah ini tidak menjadi semakin serius dan tidak akan berlaku sekiranya kita bekerjasama,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini