web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Kewangan Makin Berleluasa: Tengku Zafrul, MP Digesa Jangan ‘Membisu’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 2:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz digesa tidak ‘membisu’ berhubung penipuan kewangan dalam talian yang semakin berleluasa.

Lebih menyedihkan, Penasihat Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online, Lee Chean Chung berkata, kebanyakan individu yang ditipu menemui jalan buntu dalam mendapatkan bantuan.

Menurut beliau, dari tahun 2020 hingga Mei 2022, 68 peratus daripada jumlah kes jenayah komersil membabitkan penipuan online (dalam talian) dan jangkaan kerugiannya sebanyak RM3.54 bilion, iaitu kehilangan RM4.07 juta sehari secara purata.

“Malangnya, dalam kebanyakan kes, walaupun peralihan wang dijalankan tanpa kesedaran dan kebenaran mangsa, mereka tidak diberikan layanan adil oleh bank-bank komersial. 

“Usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mencapai matlamat, selain jelas kelihatan kes penipuan kewangan terus meningkat secara mendadak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, kumpulan tersebut hadir di hadapan bangunan Dewan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen agar suara mereka didengari pihak pembuat dasar serta eksekutif, khususnya Zafrul.

Chean Chung (dua kanan) menyerahkan memorandum kepada pegawai Parlimen supaya tuntutan mereka berhubung isu penipuan kewangan dalam talian diteliti semua Ahli Parlimen, sekali gus nasib mangsa dibela di hadapan Parlimen, hari ini
Chean Chung (dua kanan) menyerahkan memorandum kepada pegawai Parlimen supaya tuntutan mereka berhubung isu penipuan kewangan dalam talian diteliti semua Ahli Parlimen, sekali gus nasib mangsa dibela di hadapan Parlimen, hari ini

Mengulas lanjut, Chean Chung memaklumkan memorandum itu mengandungi empat tuntutan untuk dipandang secara teliti dan serius oleh setiap pemimpin kerana ia sudah sampai ke tahap membimbangkan, disebabkan ‘sindiket’ tersebut dioperasikan mereka yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu menegaskan, BNM perlu menguatkuasakan tanggungjawab bank komersial atas kes transaksi tanpa kebenaran, iaitu pelanggan tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya ia berlaku selepas mereka memaklumkan kepada institusi perbankan mengenai kehilangan, kecurian atau penggunaan kad mereka tanpa kebenaran.

“Melainkan institusi perbankan dapat membuktikan pelanggan sudah melakukan penipuan (has acted fraudulently), cuai dalam menjaga maklumat mereka atau kelemahan dalam proses atau sistem institusi perbankan atau faktor di luar kawalan pelanggan.

“Pada masa sama, mewajibkan bank komersial (termasuk bank digital dan e-wallet) untuk menubuhkan unit bantuan penipuan kewangan dengan indeks prestasi utama (KPI) yang ketat ke atas pengendalian aduan pelanggan, tempoh respons dan bantuan sepanjang siasatan. 

“Perhubungan dengan pengadu adalah amat penting kerana mereka tidak dapat menghubungi pihak yang dapat membantu mereka selaras dengan kenyataan daripada pihak BNM, memudahcarakan mekanisme dan tempoh pampasan supaya bank komersial juga mengambil tanggungjawab sepadan dengan pulangan mereka,” katanya.

Chean Chung (dua kanan) bersama antara peserta kumpulan yang hadir di hadapan Parlimen hari ini untuk menggesa Zafrul bertindak terhadap isu penipuan kewangan dalam talian memandangkan ia semakin berleluasa
Chean Chung (dua kanan) bersama antara peserta kumpulan yang hadir di hadapan Parlimen hari ini untuk menggesa Zafrul bertindak terhadap isu penipuan kewangan dalam talian memandangkan ia semakin berleluasa

Bagi bank komersial, Chean Chung berkata, pihak terbabit perlu bersedia mengambil tanggungjawab seperti apa diumumkan Bank OCBC Singapura pada 30 Jan 2022, iaitu bersetuju membayar ganti rugi ‘kemurahan hati’ sebanyak RM44.4 juta kepada 790 pelanggannya yang menjadi mangsa penipuan online melalui aktiviti memancing data.

Selain itu, menurut beliau, bank komersial boleh melaksanakan Kod Industri seperti diamalkan institusi perbankan di Britain (UK).

“PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu berbincang dengan Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula kesesuaian akta mengikut keperluan semasa supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan lebih cekap, sekali gus pengguna dapat dilindungi lebih menyeluruh.

“Tidak menggunakan Akta Kesalahan Minor 1955 (Minor Offences Act) untuk mendakwa pemilik akaun keldai kerana kesalahan hanya memperuntukkan denda sebanyak RM1,000. Akta lain yang lebih berat seperti Akta Kanun Jenayah Seksyen 424 harus digunapakai dalam siasatan/pendakwaan.

“Bekerjasama dengan BNM untuk menyenarai hitam pemilik akaun keldai dan keperluan mempercepatkan siasatan kes mangsa penipuan,” katanya.

Lantaran itu, Chean Chung yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menggesa Ahli Parlimen agar lebih prihatin dengan isu tersebut yang sudah kritikal.

“Tengku Zafrul wajar memberikan komitmen untuk menangani isu penipuan kewangan online yang tidak terkawal. Kerajaan seharusnya membela nasib rakyat dan bukan bank serta korporat besar,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan