web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tutup Sahajalah PPD Jika Pegawainya Masih Degil Arahan KPM - Pakar Pendidikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 7:00AM

Kehadiran PPD sepatutnya meningkatkan kualiti penyampaian sistem - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin digesa menutup Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) jika benar wujud stigma kehadiran pegawainya hanya mahu ‘mencari salah’ sekolah semata-mata. 

Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia juga dilihat mampu memudahkan urusan pihak sekolah dan guru yang boleh berurusan secara terus dengan jabatan pendidikan di negeri masing-masing. 

Malah, beliau meluahkan keterujaan apabila Mohd Radzi mula menyedari permasalahan sistem pendidikan negara itu dan bertindak berani dengan membuat kenyataan secara terbuka bagi menyentuh isu menyelubungi PPD. 

Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad - Gambar Fail
Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad - Gambar Fail

“Sebab itu, beliau menggunakan istilah ‘bersama lakukan perubahan’ dalam posting (hantaran) berhubung pertemuannya dengan pegawai PPD. Jelas, beliau tidak berpuas hati dengan prestasi PPD. 

“Jika PPD tidak mahu berubah seperti dihasratkan Menteri Kanan Pendidikan, sebaiknya ditutup sahaja PPD. Kehadiran pejabat itu sepatutnya meningkatkan kualiti penyampaian sistem. 

“Jika sekadar menambah kerenah birokrasi lebih baik ianya ditiadakan. Sekarang zaman digital. Semua urusan sudah boleh dilakukan secara dalam talian (online),” katanya kepada Getaran. 

Lantaran itu, Anuar menegaskan, wujud keperluan untuk pegawai PPD menghapuskan stigma dan mengubah mentaliti bahawa agensi kerajaan terbabit hanya bertindak sebagai pihak pemantau. 

“Ibu bapa sebenarnya pemantau pendidikan negara. Sebaliknya, PPD adalah rakan membantu sekolah dan guru. Pegawainya elok selalu datang sekolah dan tunjuk cara secara amali kepada guru di dalam kelas bagaimana teknik mengajar berkualiti. 

“Ataupun bagaimana mahu melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berkesan atau teknik bertanya semasa mengajar. Biar cikgu duduk di belakang melihat pegawai PPD mengajar. Videokan ia sebagai rujukan,” katanya. 

Terdahulu, Mohd Radzi menerusi kenyataannya baru-baru ini, mahu tanggapan kehadiran pegawai PPD di sekolah sebagai ‘mencari salah’ diubah. 

Sebaliknya, beliau menegaskan PPD perlu menjadi pemudah cara antara sekolah dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengenal pasti masalah serta keperluan semasa. 

Ibu bapa sebenarnya pemantau pendidikan negara. Sebaliknya, PPD adalah rakan membantu sekolah dan guru - Dr Anuar Ahmad

Mohd Radzi berkata, KPM mahu pegawai PPD sentiasa hadir ke sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan dan jalan penyelesaian segera kepada setiap masalah dihadapi warga sekolah.

Pada masa sama, menurut beliau, PPD perlu menjadi pemudahcara antara pihak sekolah dengan JPN dan KPM jika perkara tersebut tidak boleh diselesaikan di peringkat PPD.

Selain itu, Mohd Radzi berkata, pegawai PPD perlu menjadi ejen bertanggungjawab menyebar luas dan menjelaskan mengenai dasar, perancangan serta hala tuju pendidikan negara yang digaris KPM kepada kumpulan sasar, iaitu guru, sekolah dan ibu bapa.

Mengulas keperluan untuk PPD menjadi ejen, Anuar memberi contoh agar pihak berkenaan boleh mula bertindak dengan memberi penjelasan mampan berkenaan pelaksanaan PBD.

Anuar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM berkata, usaha itu perlu disebabkan sehingga kini tiada penerangan jelas berhubung fungsi sebenar PBD walau ia sudah dilaksanakan sejak tahun 2011.

“Pegawai PPD sebagai pemudah cara, mereka ini jangan sekadar tunggu laporan kerosakan, tetapi keluar mencari. Selesaikan isu kemudahan sekolah, bilik darjah, tandas dan sebagainya dengan segera. 

“Alasan tak ada bajet patut dihentikan. Sebab, bajet akan ada bila wujud perancangan kewangan yang baik sekiranya disediakan dengan lebih awal,” katanya. 

Pada masa sama, beliau berkata, PPD perlu memandang serius untuk mengukuhkan hubungan dengan sekolah dan guru bagi membantu kelancaran pelaksanaan setiap dasar, perancangan serta transformasi pendidikan yang digariskan kementerian

“PPD kena perbaiki hubungan dengan pihak sekolah dan guru. Saling mempercayai antara satu sama lain.

“Bukankah pegawai PPD juga asalnya guru? Maka berjiwalah seperti seorang guru bila bersama rakan guru di sekolah,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad