web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Curi Ayam Sekitar Ampang, Warga Asing Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 3:09PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki warga asing, Khamis lalu selepas disyaki terbabit kes curi ayam proses daripada beberapa peniaga sekitar Ampang Jaya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga yang terkejut apabila kehilangan ayam sudah diproses seberat 18 kilogram (kg) pada 17 Jun lalu.

Menurut beliau, kejadian itu disedari mangsa ketika tiba di kedainya di Jalan Pandan Cahaya pada jam 7.30 pagi, menyebabkan dia kerugian RM350.  

“Menerusi hasil siasatan dijalankan, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun yang juga penganggur kerana disyaki mendalangi kegiatan itu di Taman Cahaya, Ampang, Khamis lalu.

“Polis turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 46 tahun yang disyaki berperanan sebagai pembeli bekalan ayam dicuri suspek pertama,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka mendapati suspek pertama positif dadah jenis methaphetamine.

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah,” katanya.  

Pada masa sama, menurut beliau, polis merampas beberapa barang kes dan sebuah kereta curi jenis Proton Saga yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu.  

“Ia disyaki dicuri di Taman Cahaya Ampang dan kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk mencuri ayam itu.

“Suspek menjual ayam proses dicuri itu kepada suspek kedua yang juga kenalannya,” katanya.  

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek kini direman empat hari hingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, iaitu mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu curi kenderaan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda,” katanya.  

Dengan penahanan suspek, beliau berkata, polis percaya menyelesaikan tiga kes curi ayam proses dilaporkan di sekitar Ampang Jaya. - Getaran, 31 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'