web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 Dilaksana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jul 2022 4:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyeru Ahli Parlimen sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar PEMADAM, Datuk Jamelah A Bakar berkata, akta terbabit penting kerana menjamin kesihatan awam dan melindungi rakyat serta keluarga Malaysia daripada ancaman bahaya produk rokok.

Menurut beliau, hasil kajian antarabangsa membuktikan, kerajaan berisiko rugi sebanyak RM273.5 bilion sekiranya permasalahan rokok masih dipandang sepi semua pihak di Malaysia. 

“Kerugian itu disebabkan kematian pramatang, ketidakhadiran bekerja kerana masalah kesihatan ataupun tidak dapat menyumbang kepada produktiviti akibat kesihatan terganggu. 

“Secara positifnya, Generasi (GEG) juga akan memastikan golongan muda seterusnya dapat hidup dengan lebih sihat, produktif dan berdaya saing demi kemajuan negara,” katanya. 

Terdahulu, berikutan isu rokok yang masih gagal ditangani, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan akta baharu bagi melarang kegiatan merokok dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk vape.

Khairy Jamaluddin berkata, cadangan membabitkan larangan terhadap rokok dan produk tembakau, termasuk vape ke atas generasi lahir selepas 2007 atau dikenali sebagai GEG akan dibentangkan di Parlimen.

Sekiranya diluluskan, beliau berharap dapat mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau, memandangkan pengambilannya adalah faktor utama kanser dengan menyumbang kepada 22 peratus kematian.

Berikutan isu rokok yang masih gagal ditangani, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan akta baharu bagi melarang kegiatan merokok dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk vape - Gambar hiasan
Berikutan isu rokok yang masih gagal ditangani, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan akta baharu bagi melarang kegiatan merokok dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk vape - Gambar hiasan

Cadangan itu menarik perhatian orang awam, khususnya perokok dan mencetuskan tanda tanya sama ada ia benar-benar bakal mengubah generasi masa depan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Jamelah berkata, pihaknya menyokong RUU tersebut dan pelaksanaan GEG disebabkan rokok serta vape membuka laluan kepada tabiat penyalahgunaan dadah. 

Menurut beliau, tabiat ketagihan kepada nikotin dan penyalahgunaan bahan yang berkaitan perlu dibendung daripada awal. 

“Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai RUU khas untuk Produk Tembakau dan Tabiat Merokok bukannya dimasukkan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau sedia ada, demi kepentingan kesihatan awal masyarakat, khususnya generasi muda.

“Kita sedia maklum bahawa merokok adalah masalah kesihatan utama di Malaysia yang mengakibatkan pelbagai komplikasi penyakit kronik atau tidak berjangkit, terutama penyakit jantung koronari, kanser dan paru-paru kronik. 

“Menjelang tahun 2030, didapati kerajaan terpaksa menanggung beban kos rawatan sebanyak RM8.2 bilion untuk merawat tiga penyakit akibat merokok,” katanya. 

Mengulas kemunculan rokok elektronik dan vape, Jamelah menegaskan, produk tersebut sudah pasti mendatangkan impak negatif kepada kesihatan.

Menurut beliau, penggunaan produk elektronik itu akan terus berlarutan dan membebankan sistem kesihatan negara, selain mengancam rakyat, termasuk perokok atau bukan perokok.

“Berdasarkan Laporan KKM, terdapat dua kes Penyakit EVALI atau Electronic cigarette and Vaping Associated Lung Injury di Malaysia, masalah keradangan selaput paru-paru. Dianggarkan kos bagi merawat penyakit EVALI mencecah sebanyak RM 369 juta menjelang tahun 2030.

“Penggunaan rokok elektronik dan vape juga dilaporkan dalam kalangan remaja berumur 18 tahun ke bawah. Menurut kajian Tobacco and E-Cigarette Survey among Malaysia Adolescents (TECMA) dijalankan Institut Kesihatan Umum pada tahun 2016, seramai 330,000 orang atau 15.2 peratus remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun, iaitu lelaki 27.8 peratus dan perempuan 2.6 peratus, adalah pengguna rokok elektronik serta vape,” katanya. 

Lebih membimbangkan, beliau berkata, pengguna rokok elektronik dan vape dewasa meningkat daripada 3.2 peratus pada tahun 2016 kepada 4.9 peratus (2019).

Jika dikira berdasarkan jumlah penduduk, menurut beliau, pengguna bagi dua produk terbabit berganda daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang hanya dalam tempoh tiga tahun.

“Hasil kajian dan statistik dinyatakan ini bukan sekadar angka dalam laporan, tetapi setiap angka terbabit adalah mewakili seorang rakyat Malaysia, seorang suami atau isteri kepada seseorang, seorang bapa atau ibu kepada anak, seorang anak kepada ibu bapa atau seseorang kita kenali dan kasihi.

“Antara mereka ini akan menjadi salah satu mangsa daripada 20,000 orang yang akan mati akibat penggunaan rokok,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'