web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Abdul Khalid Tiba Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 11:29AM

Jenazah Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pagi tadi - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jenazah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada jam 10.50 pagi tadi.

Orang ramai diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan solat jenazah dijangka dilakukan usai solat Zohor di masjid tersebut.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan pemimpin pertama tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan dilihat amat berduka dengan pemergian Abdul Khalid.

Allahyarham Abdul Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral di Kuala Lumpur pada jam 11.08 malam tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis
Allahyarham Abdul Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral di Kuala Lumpur pada jam 11.08 malam tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Upacara pengebumian di Makam Diraja Shah Alam dijangka dilaksanakan pada jam 2 petang nanti.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdul Khalid selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Umar Al Khattab di Damansara jam 8 pagi, tadi. 

Mohamed Azmin Ali (dua dari kanan) membacakan doa pada jenazah Allahyarham Abdul Khalid. - Gambar oleh Sairien Nafis
Mohamed Azmin Ali (dua dari kanan) membacakan doa pada jenazah Allahyarham Abdul Khalid. - Gambar oleh Sairien Nafis

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral di Kuala Lumpur pada jam 11.08 malam tadi.

Allahyarham berusia 75 tahun dan meninggalkan seorang isteri, empat anak serta dua cucu. - Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad