web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU IPCC 2020 Akan Kekalkan Individu Korup, Tidak Berintegriti  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 1:29PM

Dr Muhammad Mohan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 mampu menduplikasikan tujuan penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, pihaknya kecewa dan tidak bersetuju dengan pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kabinet serta kerajaan untuk mengekang kebebasan dan reformasi polis melalui pembentangan IPCC di Parlimen.

Menurut beliau, EAIC tidak akan berfungsi seperti IPCC kerana tiada kuasa menggeledah dan menyita, mengadakan perbicaraan awam serta membenarkan pihak berkepentingan menyoal saksi.

“Pada masa sama, tiada kuasa untuk EAIC menyiasat salah laku, termasuk pelanggaran prosedur dan situasi pegawai tidak bertugas dalam tugas rasmi serta skopnya terhad kepada PDRM.

“Di samping semua skop menonjol, mempunyai sekatan sukar dijelaskan serta kuasa IPCC, RUU baharu meletakkan IPCC di bawah KDN dan membenarkan anggota PDRM yang sudah serta sedang berkhidmat dilantik IPCC. Ini menimbulkan persoalan mengenai ‘kebebasan’ dalam nama suruhanjaya dicadangkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Muhammad menegaskan, isu dihadapi PDRM sudah dikaji dan didokumen, selain penyelesaian jelas dicadangkan sejak tahun 2004 dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai reformasi polis.

“TI-M amat kecewa kerana selepas berlarutan selama hampir dua dekad dan meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai pembaharuan, kerajaan memilih untuk mencadangkan satu lagi agensi di bawah genggaman Perdana Menteri dan KDN.

“Ia ditubuhkan tanpa niat untuk menghukum salah laku atau menamatkan pelepasan hukuman terhadap pihak berkuasa,” katanya.  

Jelasnya, sedangkan keengganan berterusan (akan diwujudkan) untuk menerima realiti dan memastikan akauntabiliti adalah persepsi dimiliki orang di dalam serta di luar negara terhadap kerajaan dan institusinya.

“Amat mengagumkan apabila Malaysia mempunyai Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan, namun sia-sia apabila ia hanya diwujudkan secara permukaan, bukan dasar.

“TI-M baru-baru ini menjelaskan bagaimana tindakan (atau kekurangan tindakan) daripada kerajaan dan agensinya, mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap usaha memerangi rasuah di negara ini.

“Penggubalan Rang Undang-Undang IPCC yang tidak tepat pada masanya mungkin ramalan yang menjadi kenyataan, iaitu orang korup akan terus wujud,” katanya

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, pihaknya mendapati beberapa kelemahan dalam RUU dicadangkan itu, antaranya di bahagian Seksyen 6, iaitu Pelantikan (dan penamatan) semua ahli Suruhanjaya hendaklah dibuat Raja atas nasihat tunggal Perdana Menteri, bukannya Parlimen atau Jawatankuasa Pilihan Parlimen dengan proses seimbang dan telus.

“Seksyen 27, membenarkan orang yang diperiksa menolak daripada menjawab soalan jika orang tersebut cenderung untuk membabitkan mana-mana individu atau jika Ketua Jabatan memperakui maklumat itu, sebagai memudaratkan keselamatan/kepentingan negara.

“Seksyen 28, semua dokumen diperoleh yang diminta Suruhanjaya diuruskan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau permintaan tersebut boleh ditolak jika Ketua Jabatan memperakui maklumat tersebut sebagai memudaratkan keselamatan/kepentingan negara.

“Seksyen 30, semua penemuan salah laku hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (ini adalah pertindihan fungsi JIPS) dan semua penemuan kesalahan jenayah hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan (untuk semua kes kesalahan panel, termasuk pembunuhan yang bermaksud merujuk semula kes itu kepada PDRM),” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Segerakan Penubuhan IPCC Bendung Salah Laku Warga PDRM, Tangani Prejudis Rakyat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

LCS: Usah Bayar Kos Lanjut Sehingga Penghantaran Kapal Penuhi Kontrak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU IPCC Lemah, Polis Boleh Terus Bertugas Tanpa Hukuman - Majlis Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Hargai Penubuhan IPCC, Pelanjutan SOSMA 5 Tahun Lagi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global