web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LCS: Usah Bayar Kos Lanjut Sehingga Penghantaran Kapal Penuhi Kontrak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 8:02PM

Kapal Tempur Pesisir (LCS) - Gambar dari fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang tidak membuat bayaran lanjut dalam isu perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) sehingga penghantaran kapal memenuhi spesifikasi kontrak dibuat dan setimpal dengan jumlah RM6.083 bilion dibayar setakat ini.

Cadangan tersebut dikemukakan Transparency International Malaysia (TI-M), susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai kegagalan pemerolehan dan tadbir urus terhadap projek LCS yang ditandatangani pada tahun 2014.

Presidennya, Dr Muhammad Mohan berkata, isu LCS mencetuskan persoalan besar terhadap integriti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam projek tersebut apabila tiada kapal yang siap walaupun RM6.083 bilion sudah dibayar kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Justeru, beliau menegaskan, siasatan terhadap kontraktor dan subkontraktor LCS pada semua peringkat harus dijalankan demi memastikan tiada pemalsuan syarikat (dummy companies) yang mendorong kepada penggelapan kontrak bernilai besar tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan untuk audit pertengahan yang akan dijalankan bagi semua projek sektor awam membabitkan berbilion ringgit.

“Ini akan membantu mengesan sebarang isu dan menanganinya sebelum ia menjadi risiko yang membawa kepada kelewatan dan kemungkinan melampaui bajet ditetapkan.

“Kerajaan juga perlu memastikan semua projek bernilai besar dan berimpak tinggi membabitkan wang pembayar cukai mesti disemak Parlimen sebelum ia diluluskan, selain memastikan proses tender kompetitif diguna pakai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Muhammad berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu didapati cuai dalam melaksanakan tugas fidusiari berkaitan projek, khususnya berhubung penugasan pengawasan dan pelaporan.

“Kami juga menyarankan kerajaan memulakan prosiding jenayah terhadap sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan di bawah pelbagai undang-undang di Malaysia, terutamanya suapan, rasuah dan salah guna jawatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegasnya.

Menurut Dr Muhammad, sebarang kegagalan atau kelewatan untuk bertindak akan menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai keikhlasan terhadap komitmennya bagi reformasi institusi dan perjuangan membasmi rasuah.

“Malangnya, Malaysia kini semakin dikenali dengan amalan tadbir urus buruk yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam, daripada 1MDB kepada projek LCS ini.

“Tindakan sudah dan terus akan diambil ke atas isu 1MDB, namun berapa lama kita perlu menunggu untuk melihat pihak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan kerana satu lagi kegagalan?

“Berapa banyak lagi bencana seperti ini perlu timbul sebelum kita belajar bahawa hanya pemimpin berintegriti boleh dipercayai,” soalnya.

Sebelum ini, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Projek LCS bermula pada 2011 yang mana ketika itu negara ditadbir Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Ke-6. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global