web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU IPCC Lemah, Polis Boleh Terus Bertugas Tanpa Hukuman - Majlis Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 10:56AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang kontroversi di Parlimen baru-baru ini boleh dilihat sebagai tidak berkesan, kerana kurang lengkap untuk menangani aduan mengenai salah laku dalam kalangan pegawai polis.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah berkata, RUU itu hanya membenarkan cadangan jawatankuasa aduan sama ada dihantar kepada agensi berkaitan atau suruhanjaya untuk mengarahkan pasukan petugas menjalankan siasatan lanjut, tetapi tidak dapat mengambil tindakan atau mengenakan penalti.

“Mesti ada ‘kaedah berkesan’ dalam RUU itu untuk suruhanjaya terbabit mengambil tindakan dan melaksanakan hukuman.

“RUU IPCC yang baru diluluskan itu kurang berkesan,” katanya semasa sesi podcast dengan The Vibes.

RUU IPCC diperkenalkan bagi menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dibentangkan di Parlimen oleh Pakatan Harapan (PH) pada 2019.

Bagaimanapun, RUU baharu itu menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang menjenamakannya sebagai versi IPCMC yang lemah.

Majlis Presiden PH menyatakan bahawa RUU tersebut tidak memenuhi keperluan dikehendaki untuk pembaharuan institusi, dan ia juga lebih lemah berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan IPCMC yang turut dibincangkan sebelum ini.

RUU yang lemah itu, kata Karen, akan memupuk persekitaran di mana polis tidak akan takut sekiranya berlaku sebarang salah laku.

“Jadi mereka bertindak tanpa hukuman, dan itulah sebab mengapa terdapat jenis tingkah laku tertentu yang dilakukan oleh kakitangan tertentu.

“Terdapat banyak perkara dalam IPCMC yang sepatutnya memperkasakan perlembagaan untuk melakukan perkara yang betul,” katanya.

Walaupun IPCMC kini telah diganti, beliau menegaskan tiada keperluan untuk rasa takut terhadap RUU itu.

“Akhirnya, jika ia dilakukan dengan betul dan dilaksanakan dengan tepat, ia hanya memberikan integriti kepada polis, dan pihak berkuasa harus mengalu-alukannya.

“Mereka sepatutnya mahu memupuk keyakinan orang ramai dalam diri mereka sendiri,” tambahnya. - The Vibes, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'