web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Audit LCS Dinyahklasifikasi, PM Jamin Siasatan Dibuat Secara Telus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 4:48PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) melibatkan isu Littoral Combat Ship (LCS) yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan dibuat Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini.

Serentak dengan itu jelas beliau, Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasi (declassify).

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, proses tersebut perlu mendapat pandangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid terlebih dahulu.

“Kerajaan memandang serius isu LCS yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jemaah Menteri memutuskan untuk menggesa SPRM menyegerakan siasatan.

“Sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya hari ini,

Ismail Sabri berkata, beliau telah memanggil Idrus dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas mesyuarat Jemaah Menteri dan mengarahkan keduanya untuk segera bertindak selaras dengan keputusan yang dibuat.

“Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan menggangu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan 20 April lalu.

“Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara, selaras keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

Beliau memberi jaminan, siasatan berhubung skandal LCS akan dijalankan secara telus dan terbuka.

“Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” tegasnya. – Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki