web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Sekadar Bising Berlebihan, Kimia Industri Punca Pekerja Hilang Pendengaran?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Aug 2022 7:37AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa pihak berkepentingan menjalankan penyelidikan terhadap bahan kimia (ototoxic substance) di tempat kerja yang berisiko menyebabkan pekerja mengalami masalah pendengaran.

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, secara umumnya, langkah kawalan hanya dilakukan bagi melindungi pekerja daripada bunyi bising tetapi tidak pernah menghiraukan pendedahan kepada bahan kimia yang turut menyumbang kepada masalah tersebut.

“Pihak berkaitan seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), persatuan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pihak universiti perlu memainkan peranan untuk menjalankan penyelidikan berkenaan bahan kimia.

 “Amat penting bagi majikan mengetahui jenis bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah pendengaran agar langkah bersesuaian diambil. Maka dengan itu, perlindungan bagi mencegah kehilangan pendengaran lebih lengkap,” katanya kepada Getaran.

 Dalam pada itu, bagi pekerja yang sudah terdedah kepada bunyi bising, Syed Hussain menegaskan majikan perlu menghantar mereka menjalankan Ujian Audiometrik (Audiometric testing) bagi mengesahkan keupayaan mendengar.

 Menurut beliau, jika pekerja disahkan mengalami masalah tersebut, majikan dengan kerjasama doktor kesihatan pekerjaan perlu membantunya mendapatkan pampasan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Ini kerana kehilangan pendengaran disebabkan bising dan trauma akustik boleh dituntut di bawah peruntukan penyakit khidmat PERKESO. MEF menyeru majikan mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 yang sudah pun berkuatkuasa.  

“Majikan dan pekerja serta kesatuan pekerja hendaklah berganding bahu dalam memastikan langkah kawalan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

 Syed Hussain berkata, majikan juga harus memainkan peranan lebih aktif dalam mengenal pasti masalah terbabit di tempat kerja berdasarkan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.

Tegasnya, berdasarkan peraturan tersebut, bising berlebihan adalah paras pendedahan bising harian melebihi 82 dB(A), dos bising diri harian melebihi lima puluh peratus, paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) atau paras tekanan bunyi puncak melebihi 140dB(C).

Justeru beliau berkata, ia perlu diteliti sepenuhnya termasuklah pendedahan bunyi bising berpunca daripada jentera, kelengkapan, proses dan operasi di tempat kerja.  

“Sebelum menentukan penggunaan peralatan khas untuk melindungi pendengaran pekerja, langkah pertama perlu dibuat majikan berdasarkan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 adalah mengenal pasti adakah terdapat bising berlebihan di tempat kerja.

“Jika terdapat bising berlebihan di tempat kerja, majikan perlu melaksanakan penaksiran risiko bising dengan melantik penaksir risiko bising (NRA) untuk mengenal pasti perkara itu,” katanya.

Ujarnya lagi, sebarang keputusan untuk memberi perlindungan pendengaran diri kepada pekerja dan penggunaan peralatan khas hendaklah berdasarkan laporan dibuat NRA.

“Kaedah ini dapat memberi jaminan langkah kawalan bunyi bising serta perlindungan kepada pekerja di tempat kerja dibuat berdasarkan saranan NRA,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Hussain berpendapat pekerja harus menjaga diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan majikan dan memakai perlindungan pendengaran yang dibekalkan di tempat kerja.

“Pekerja juga harus lebih berhati-hati dengan gaya hidup, pendedahan bunyi bising akibat mendengar muzik dengan kuat atau menghadiri konsert.

“Berada terlalu lama di kawasan bising juga boleh menyumbang kepada kerosakan atau masalah hilang pendengaran,” katanya.

Sementara itu, Syed Hussain berkata, pihaknya menerusi Akademi MEF turut menawarkan pelbagai kursus berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Katanya, kursus itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai majikan menghantar pegawai masing-masing untuk mendapatkan ilmu berkenaan perkara tersebut.

“Keselamatan dan kesihatan pekerjaan amat penting untuk pekerja dan majikan. Pekerja hendaklah mematuhi peraturan dan panduan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ada di antara mereka tidak mematuhi serta memandang remeh perkara itu.

“Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah untuk kebaikan bersama. Hanya dengan kerjasama erat pemegang taruh akan dapat mengurangkan dan membanteras kejadian kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan.

“Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan sihat. Pekerja adalah aset berharga untuk majikan,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Zee Avi Masih OK!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'