web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramai Penunggang Tidak Guna Laluan Motosikal, Catat Kesalahan Tertinggi Operasi Bersepadu Trafik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 5:54PM

Sejumlah 110 saman dikeluarkan untuk kesalahan tidak menggunakan laluan motosikal manakala enam saman lagi melibatkan pemasangan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 124 saman dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tidak menggunakan laluan motosikal dicatatkan sebagai kesalahan tertinggi dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 110 saman dikeluarkan untuk kesalahan itu manakala enam saman lagi melibatkan pemasangan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

“Lima saman pula untuk kesalahan melibatkan lesen memandu dan tiga untuk lesen kenderaan motor (LKM),” katanya.

Menurut Mohd Iqbal, operasi berkenaan turut memeriksa 183 kenderaan dan 198 individu.

“Operasi bersepadu ini yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pelbagai agensi lain.

“Ia yang dilaksanakan selama dua jam turut melibatkan tangkapan dua kes narkotik dan rampasan dadah di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Jelas beliau, penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada pengguna kenderaan agar kekal selamat semasa berada di atas jalan raya.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. – Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini