web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Jangan Membisu, Scammer Touch ’n Go eWallet Semakin Berleluasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 8:00PM

Kerajaan digesa untuk tidak membisu dan bertindak segera terhadap sindiket penipuan Touch 'n Go eWallet yang semakin berleluasa di negara ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk tidak membisu dan bertindak segera terhadap sindiket penipuan Touch 'n Go eWallet yang semakin berleluasa di negara ini.

Penasihat Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online, Lee Chean Chung berkata, pemerhatian pihaknya mendapati, akaun e-wallet mampu dibuka secara mudah dengan menggunakan identiti palsu.

Lebih membimbangkan jelasnya, wang itu juga boleh ‘dicarum’ ke dalam akaun palsu terbabit.

“Walaupun pengesahan identiti diperlukan apabila wang dikeluarkan daripada ‘akaun’ tersebut, namun ia telah menunjukkan risiko kebocoran yang bahaya dan membolehkan sindiket menyalurkan wang dalam sekelip mata melalui akaun-akaun palsu ini.

“Perkara ini harus dipandang serius kerana penggunaan e-wallet semakin meluas,” katanya menerusi hantaran diterima Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut, Chean Chung yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, Touch 'n Go eWallet boleh dikatakan tidak lagi selamat digunakan selepas terdapat dua kes penipuan diterima.

“Mangsa pertama telah hilang hampir RM2,000 manakala mangsa kedua mengalami kerugian sebanyak RM50,000. 

"Modus operandi kedua-kedua kes sama, iaitu wang disalurkan daripada akaun bank dan kad kredit mangsa tanpa pengetahuan kepada akaun keldai (mule account) e-wallet, dan kemudian dilesapkan,” katanya.

Tegas beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) harus memandang serius jenayah itu, memandangkan Touch 'n Go eWallet berada di bawah seliaan agensi tersebut melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. 

“Kami menggesa BNM supaya mengambil tindakan segera untuk menangani kebocoran yang bahaya ini. Pasukan BNM seharusnya membantu rakyat bagi mengesan kepincangan dan kelemahan ini secara proaktif, bukan sebaliknya. 

“Keyakinan masyarakat perlu dipulihkan segara sebelum rakyat tertanya-tanya ‘mana Bank Negara Malaysia’,” katanya, sinis. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Filem & TV 8 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan