web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Gugur Peguam Dari Firma Zaid Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 10:40AM

Hisyam tiba di mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak telah menggugurkan pasukan pembelaannya dari firma guaman Datuk Zaid Ibrahim dalam pendengaran rayuan terakhir terhadap kes penyelewengan SRC International.

Peguam utama mantan perdana menteri itu, Hisyam Teh Poh Teik secara ringkas memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa ‘Najib telah menggugurkan pasukan peguam barunya’ pada permulaan perbicaraan rayuan di sini.

Peguam yang dimaksudkan oleh Hisyam adalah daripada firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Ini bermakna Najib kini hanya diwakili Hisyam dan dua peguam lain.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan prosiding diteruskan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram kemudian meneruskan penghujahan lisannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Tengku Maimun.

Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Semalam, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan membuat hujahannya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda. - The Vibes, 19 Ogos, 2022

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut