web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaji Hukuman Alternatif Gantikan Sebatan - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Aug 2022 5:48PM

Wan Junaidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman sebat yang dilihat terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berpandangan hukuman sebatan sehingga 15 kali dianggap keterlaluan kerana hanya dengan tiga sebatan boleh ‘menghancurkan daging’ seseorang walaupun ramai tidak bersetuju dengan pandangan itu.

“Ini pandangan peribadi saya sebatan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya hilang kata-kata apabila sebut pasal hukuman sebat sampai 15 kali ... sebat tiga kali pun dah pengsan. Jadi, saya hendak kaji secara holistik bersama pihak tertentu mengenai hukuman itu.

“Lagipun soal sebatan ini diwarisi daripada pihak kolonial dulu. Kenapa mesti kekal perkara ini? Kenapa orang di Malaysia kena sebat, kenapa di England tidak disebat,” katanya ketika ditemui media selepas berucap pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di sini, hari ini.

Simposium itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena genap setahun menerajui negara.

Wan Junaidi berkata hukuman sebatan itu perlu dikaji semula malah dasar transformasi penjara dan kehakiman perlu melihat semula perkara tersebut di samping melihat hukuman gantian kepada undang-undang mati mandatori.

Justeru, beliau berkata sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan untuk membuat kajian selain mendapatkan input daripada semua pihak serta pemegang taruh.

Wan Junaidi berkata menerusi pindaan itu kelak, hakim akan diberi budi bicaranya untuk menetapkan berapa jumlah sebatan yang akan diberikan sesuai dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan.

“Contohnya, kalau seseorang itu latar belakang itu teruk sangat kes dia, contohnya masa dia tahan sebelum bunuh orang itu, dia dera, aniaya dengan kejam sekali, jadi hakim boleh menggunakan budi bicaranya,” katanya.

Ditanya hukuman alternatif yang sesuai bagi menggantikan hukuman sebatan, Wan Junaidi berkata beliau berpandangan kaedah sebatan mengikut undang-undang Islam dilihat lebih sesuai.

Beliau berkata kajian hukuman alternatif bagi sebatan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada Oktober depan bersama 11 kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti syor hukuman gantian bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pak Cik Liwat Anak Saudara Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang