web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Beri Bayangan PRU Tak Lama Lagi?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2022 2:54PM

Ismail Sabri mengacau gulai kawah daging bersama rias pisang yang menjadi hidangan utama Program 'Kenuri' Rakyat Keluarga Malaysia di Padang Terap, Kedah hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP – Di sebalik tanda tanya pelbagai pihak bilakah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seakan memberi bayangan bahawa ia bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketika mengakhiri ucapannya pada Majlis ‘Kenuri Rakyat Keluarga Malaysia’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang di sini, beliau terlebih dulu mengucapkan terima kasih kepada lebih 15,000 penduduk Padang Terap yang hadir ke acara tersebut dan memberi sokongan kepadanya.

Ucapan itu disusuli dengan kata-kata penghargaan kepada rakyat kerana memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada dan kerajaan ‘akan datang’, tidak lama lagi.

“Sekali lagi terima kasih tidak terhingga kepada ‘keluarga’ Padang Terap kerana hadir begini ramai. Saya jangka jumlahnya melebihi 10,000 dan mungkin mencecah 15,000 orang.

“Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya tadi. Terima kasih kerana berikan sokongan kepada kerajaan sekarang dan ‘akan datang’, tak lama lagi,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjangkakan daerah Padang Terap akan ‘berubah wajah’ tidak lama lagi, kesan daripada limpahan ekonomi dibawa Bandaraya Getah Kedah (KRC).

Menurutnya, kerajaan memiliki beberapa perancangan di daerah itu, termasuk dalam aspek pembangunan infrastruktur di Durian Burung yang menjadi kawasan sempadan bagi Malaysia dan Thailand di daerah berkenaan.

Ismail Sabri mengibarkan jalur gemilang pada Program 'Kenuri' Rakyat Keluarga Malaysia di Padang Terap, Kedah hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi
Ismail Sabri mengibarkan jalur gemilang pada Program 'Kenuri' Rakyat Keluarga Malaysia di Padang Terap, Kedah hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

“Ketika saya bertemu bekas Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha, kami berdua bersetuju untuk membangunkan kawasan bandar bersempadan di kedua-dua negara kerana sumbangan perdagangan di sempadan adalah cukup besar.

“Nilai perdangangan antara Malaysia dan Thailand berjumlah RM103 bilion, manakala sumbangan perdagangan di sempadan adalah sebanyak RM44.8 bilion.

“Oleh itu, kita akan bangunkan kawasan bandar sempadan, termasuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta pembangunan infrastruktur lain, seperti jalan empat lorong tersebut demi menyokong pembangunan di sini,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pembinaan Pusat Kecemerlangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15 juta di daerah ini.

Pembinaan Pusat Kecemerlangan itu, katanya, sebagai langkah persediaan untuk mempersiapkan tenaga kerja di Bandaraya Getah Kedah (KRC), tidak lama lagi. 

“Saya dimaklumkan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa KRC akan membuka hingga 6,000 peluang pekerjaan, jadi sudah pastilah yang akan mengisi peluang pekerjaan itu merupakan warga Padang Terap. 

“Justeru bagi melatih anak-anak tempatan mendalami perkara berkaitan getah sebelum ditempatkan di KRC, mereka perlu diberi latihan. Oleh itu saya nak maklumkan bahawa kerajaan akan wujudkan Pusat Kecemerlangan RISDA dengan kos RM15 juta,” katanya. - Getaran 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki