web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA Rampas 19,400 Liter Minyak Bersubsidi, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 4:36PM

Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebanyak 19,400 liter minyak diesel subsidi disyaki untuk diseleweng yang berjumlah RM41,710.00 berjaya dirampas dalam serbuan di kawasan perindustrian Semambu, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Razak Mohd Yusoff berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 7 PGA pada mulanya menahan dua lelaki di jalan perindustrian Semambu hasil risikan selama tujuh hari.

Menurut beliau, pemeriksaan pada kenderaan suspek telah menjumpai dua tangki berkapasiti 1,800 liter minyak diesel manakala suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan.

“Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek tersebut, pasukan serbuan telah dibawa ke sebuah stor di Jentec Sdn Bhd di kawasan industri Semambu.

“Ketika serbuan dijalankan, terdapat 14 individu dan seorang daripada mereka mengaku sebagai pemilik.

“Pemeriksaan lanjut bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang menjumpai 18 tangki penyimpanan dengan kapasiti keseluruhan 16,200 liter dan setiap satu tank mampu diisi sebanyak 900 liter,” katanya hari ini.

Abd Razak berkata, pihak berkuasa turut merampas 16 tangki penyimpanan yang setiap satu mampu mengisi sebanyak 600 liter, tiga lori dan enam kereta digunakan suspek.

“Kita juga turut merampas dua set pam penyedut minyak, hos, satu unit generator elektrik dan 16 telefon bimbit, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM582,550.00,” katanya.

Beliau memberitahu, 16 warga tempatan yang ditahan itu berusia di antara 18 sehingga 65 tahun.

Jelasnya, kes telah pun diserahkan kepada KPDNHEP Negeri Pahang untuk proses pendakwaan di mahkamah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen yang boleh didenda tidak melebihi RM1 juta sekiranya disabitkan kesalahan jika ia bukan Perbadanan.

“Jika ia Perbadanan, mereka boleh dipenjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda tidak kurang RM3 juta,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini