web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wajah Seiras Tapi Dia Bukan Bapa Saya - Anak Mangsa MH370

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 7:39PM

Wajah individu didakwa mirip Andrew Nari yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan di media sosial susulan tular video memaparkan beberapa individu berwajah mirip mangsa nahas itu.

Video yang tular di aplikasi TikTok sejak semalam, mendakwa mangsa ketika ini berada di sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah Lautan Hindi dikenali sebagai Diego Garcia.

Wajah beberapa individu yang didakwa mirip mangsa pesawat malang itu dikesan menerusi video dimuatnaik di laman Facebook AFN Diego Garcia.

Majoriti netizen mendakwa beberapa individu terbabit mempunyai wajah seiras Kapten Zaharie Ahmad Shah, pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dan juga Ketua Pramugara, Andrew Nari.

@shafiq_idrus

Apa sebenarnya yg jadi ni? Allah saja yg mengetahui. Doakan yg baik2 ?? #mh370 #fyp #merdeka

♬ original sound - Malaysia Military?? - Malaysia Military??

“Sebiji, tengok telinga dia, harap famili dia notice,” kata Feas.

“Pendapat aku kuat mengatakan mereka masih hidup tetapi dilupakan ingatan. Jadi mereka mulakan hidup baru dengan identiti baru,” kata YungBaddx.

“Satu, satu Allah tunjuk. Hanya ahli keluarga, mak ayah, suami atau isteri mereka yang lebih mengenali. Semoga Allah perkenan doa kita hamba-Nya,” kata Emma.

Bagaimanapun, Maira Elizabeth, anak perempuan kepada Andrew Nari menafikan gambar dalam video yang tular di media sosial itu adalah bapanya.

Paparan skrin kenyataan Maira mengenai individu yang didakwa mirip bapanya.
Paparan skrin kenyataan Maira mengenai individu yang didakwa mirip bapanya.

Gadis itu mendedahkan dia dihujani pelbagai mesej daripada warganet yang memaklumkan mengenai seorang lelaki mirip bapanya dalam video tersebut.

“Telah menarik perhatian saya, dikatakan individu ini (gambar yang tular) bapa saya atau kelihatan sepertinya.

“Saya hanya ingin menjelaskan dia bukan (bapa saya),” katanya ringkas menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Maira turut mengucapkan terima kasih serta menghargai ingatan orang ramai terhadap mangsa tragedi berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui ‘direct message’ (DM) dan ingin memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap satu mesej kerana terlalu banyak.

“Namun, saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan semua,” katanya.

Sementara itu, Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi berita tidak sahih berkenaan mangsa nahas penerbangan MH370 yang dikatakan masih lagi hidup bagi menjaga sensitiviti keluarga mereka.

Menurut laman advokasi kesihatan itu, tindakan orang ramai berkongsi berita tidak benar itu secara umum adalah tidak sensitif.

“Baru-baru ini tular muka (individu) seakan-akan seiras penumpang MH370 di sebuah pulau menimbulkan persepsi bahawa penumpang tersebut masih hidup.

“Mereka dikatakan sudah ‘dicuci otak’ oleh kerajaan dan dihilangkan pemikiran mereka," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Susulan itu, Public Health Malaysia mengecam sepenuhnya tindakan berkongsi secara terbuka video tersebut kerana tragedi MH370 bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia.

“Keluarga MH370 mengalami kesedihan kehilangan keluarga mereka ketika kejadian dan ada yang masih mengalami kesan trauma sehingga hari ini. Mohon untuk tidak dikongsi kepada umum.

“Hantarkan terus kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Biar pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sejak itu timbul pelbagai teori dan konspirasi yang dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Antaranya teori, seperti rampasan dan laluan pesawat dialihkan ke pangkalan Tentera Amerika Syarikat di sebuah pulau di Diego Garcia, rampasan pesawat secara jarak jauh dan sistem bencana atau kegagalan struktur kapal terbang tetapi semuanya belum dapat dibuktikan.

Namun, flaperon pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion setahun kemudian menunjukkan fakta Lautan Hindi adalah tempat penerbangan MH370 berakhir.

Bagaimanapun, tidak ada cara untuk menentukan lokasi yang tepat di lautan seluas itu.

Australia, China, dan Malaysia mengakhiri pencarian bernilai AS$150 juta di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi pada 2017.

Selepas itu, kumpulan yang berpangkalan di Houston Ocean Infinity juga gagal mengesan pesawat berkenaan dan pencariannya berakhir pada 2018.

Tragedi kehilangan pesawat tersebut terus diselubungi misteri sehingga hari ini. - Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad