web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbicaraan 1MDB: Najib Keluarkan 38 Cek Bernilai RM8.4 Juta Bayar...

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 1:28PM

Najib Razak - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa UMNO Selangor dan Pergerakan Wanita UMNO negeri berkenaan adalah antara penerima utama dana daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dengan masing-masing memperoleh RM2 juta serta RM1.9 juta, antara tahun 2011 dan 2012.

Memaklumkan perkara berkenaan kepada mahkamah pada perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Developmen Bhd (1MDB) membabitkan Najib hari ini, Pengurus Kanan Ambank, Badrul Hisham Mohamad berkata bahawa 38 keping cek dikeluarkan mantan Perdana Menteri itu, merangkumi jumlah sebanyak RM8,405,850, antara 2011 dan 2012.

Badrul yang bertugas di pusat pemprosesan cek institusi kewangan itu berkata, kesemua cek dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank peribadi Najib bernombor 211-202-200969-4, yang disertakan di cawangan Jalan Raja Chulan bank itu dan mempunyai tandatangannya.

Beliau turut memberi keterangan bahawa tandatangan Najib diiktiraf berdasarkan Sistem Pangkalan Data Tandatangan bank sama.

UMNO Selangor kemudian didakwa mengeluarkan RM2 juta menerusi dua cek berasingan antara 30 November 2011 dan 14 Mac 2012.

Pada September 2011, Najib mengeluarkan cek RM800,000 kepada Pergerakan Wanita UMNO Selangor dan disusuli RM1.1 juta pada Mac 2012. – The Vibes, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi