web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin DAP, UMNO Terus Zahir Takziah Atas Kemangkatan Ratu Elizabeth II 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:52PM

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menurutnya, rakyat di Pulau Pinang pasti akan terkenang lawatan baginda pada tahun 1972.

“Takziah kepada kerajaan dan keluarga Diraja Britain atas pemergian Ratu tercinta mereka yang memerintah selama 70 tahun. 

“Pulau Pinang mengingati lawatannya ke Mutiara Timur pada tahun 1972.

“Berehat dalam damai,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini. 

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meluahkan rasa duka dengan kemangkatan baginda. 

“Ucapan takziah kami kepada rakyat Britain atas kematian Ratu Elizabeth II. 

“Bersama-sama dengan seluruh Komanwel, kami meratapi pemergiannya,” katanya. 

Terdahulu, Istana Buckingham menerusi kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda pada usia 96 tahun dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari.

Malah, seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan sepanjang pemerintahan baginda.

Dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II, putera sulung baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja Charles III. - Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'