web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amang Seksual: 2 Lagi Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 5:36PM

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Negeri Sembilan mengesahkan menerima dua lagi laporan membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa terbabit melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, dua laporan berkenaan dibuat di Seremban pada bulan ini oleh dua remaja berusia 17 tahun.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan dijalankan secara bersama dengan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Buat masa ini, siasatan selari dijalankan bersama Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengikut seksyen kesalahan seperti di Selangor (Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017).

"Polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk kepada Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwaraya," katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.

"Perbuatan seumpama itu adalah kesalahan di bawah undang-undang negara dan boleh diambil tindakan sewajarnya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pendakwah selebriti berusia 40-an ditahan selepas polis menerima empat laporan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 17 hingga 18 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, laporan tersebut diterima 30 Ogos iaitu dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.

Polis kemudian memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Klang untuk menahan lelaki berkenaan selama enam hari sehingga 14 September bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, keempat-empat remaja berkenaan mengenali pendakwah selebriti tersebut dalam program motivasi di sekolah sekitar Selangor. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka