web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti Doktor Gigi Palsu Terbongkar, Tawar Harga Pendakap Gigi Serendah RM100

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2022 9:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Aktiviti seorang doktor gigi palsu yang menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi akhirnya terbongkar, selepas rumahnya diserbu pihak berkuasa di Kempadang, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, tindakan itu diambil selepas menerima aduan daripada orang awam.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa suspek terlibat menawarkan rawatan pergigian secara haram, melibatkan pemasangan pendakap gigi di sekitar daerah ini.

“Aktiviti berkenaan dipromosikan melalui aplikasi WhatsApp dan suspek mula bergiat secara aktif sejak 2020.

“Dia menjadikan kediamannya sendiri sebagai markas operasi dan mengenakan bayaran semurah RM100 hingga RM200,” katanya hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, pelanggan akan membuat temu janji melalui WhatsApp, malah suspek juga terbabit mempromosi rawatan pemutihan gigi di Instagram,” katanya.

Katanya, doktor palsu wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan dalam serbuan  Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) dan Unit Penguatkuasaan Pergigian JKNP ketika sedang menjalankan rawatan pergigian kepada seorang ‘pesakitnya’.

“Anggota CKAPS turut merampas peralatan pergigian yang disyaki digunakan suspek ketika menjalankan operasinya.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi kesalahan menyediakan klinik pergigian tanpa berdaftar dan di bawah Akta Pergigian 2018 (Akta 804), iaitu amalan pergigian oleh individu tidak berdaftar,” katanya.

Tegas Dr Nor Azimi, suspek boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanua jika sabit kesalahan.

“Orang ramai diminta memboikot aktiviti pergigian haram ini dan hanya mendapatkan rawatan di klinik berdaftar, sama ada kerajaan atau swasta.

“Orang awam boleh menyemak kesahihan pengamal pergigian berdaftar melalui laman sesawang www.dpims.moh.gov.my. 

“Mereka juga boleh membuat semakan klinik di laman sesawang www.medicalprac.moh.gov.my,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini