web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Naikkan OPR Sehingga Hujung Tahun, Galakkan Rakyat Sertai Koperasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2022 7:02AM

Kerajaan harus melihat secara menyeluruh kenaikan OPR dan kesannya terhadap pengguna, bukan sekadar aspek ekonomi semata-mata - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga menyebabkan peminjam perlu membayar kadar faedah lebih tinggi dilihat kurang berkesan sekiranya harga barang masih lagi meningkat.

Pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, setiap kali OPR dinaikkan, pinjaman serta pembiayaan yang berasaskan kadar apungan turut meningkat sehingga menyebabkan jumlah pembayaran bulanan ikut bertambah.

Menurutnya, terdapat keperluan untuk kerajaan meneliti semula secara terperinci penggunaan kaedah tersebut malah beliau mengharapkan agar tiada lagi kenaikan OPR sehingga hujung tahun ini.

Dr Abu Sofian Yaacob
Dr Abu Sofian Yaacob

“Ini antara kaedah yang telah digunakan banyak dunia seperti Amerika Syarikat (AS) yang telah melaksanakan tiga kenaikan OPR setakat ini, namun bagi saya, ia tidak begitu efektif dilakukan khususnya di Malaysia.

“Walau kita naikkan OPR, barang tetap naik harga. Dari sudut lain, nilai mata wang negara (RM) semakin menurun berbanding dolar AS dan kita mengimport pelbagai jenis barangan, terutamanya makanan.

“Bila import guna dolar, nilainya tak turun menyebabkan harganya akan dijual mahal namun bila eksport, ia akan jadi murah. Kemungkinan ramai orang akan beli dengan harga yang murah disebabkan kemerosotan mata wang Malaysia,” katanya ketika dihubungi Getaran, semalam.

Jelas Abu Sofian, kerajaan dicadangkan agar menggalakkan rakyat menyertai koperasi dan melakukan pembelian barang menerusi platform tersebut.

Sekiranya direalisasikan katanya, ia merupakan antara kaedah yang tidak memberi bebanan kepada rakyat.

“Tujuan koperasi ialah membolehkan pembelian secara pukal pada harga lebih murah, dan kemudian dijual semula kepada ahlinya.

“Itu tujuan koperasi ditubuhkan atau kerajaan boleh juga menimbangkan pemberian subsidi kepada rakyat, tetapi langkah tersebut perlu diteliti kerana melibatkan belanja yang besar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, peningkatan nilai OPR tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk peniaga menaikkan harga barang.

“Kemungkinan (kenaikan harga) berlaku pada modal seperti sewa beli kenderaan berniaga atau kedai, cuma kesannya tak terlalu mendadak kepada pengguna berbanding kenaikan harga bahan mentah itu sendiri sehingga berlakunya lonjakan harga pelbagai jenis barangan keperluan,” katanya.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Gesa beliau, kerajaan harus melihat secara menyeluruh kenaikan OPR dan kesannya terhadap pengguna, bukan sekadar aspek ekonomi semata-mata.

Jelas Mohd Yusof, majoriti rakyat di seluruh negara masih membuat pinjaman dari bank, yang akan memberi kesan mendalam sekiranya kadar OPR masih meningkat.

“Kena lihat sentimen kepada pengguna dan kerajaan perlu menasihat pengguna dalam keadaan sekarang ini, kena tengok pada kemampuan apabila membuat sesuatu pembiayaan atau pinjaman.

“Rakyat kena kaji dari segi kemampuan untuk membayar balik pembiayaan atau pinjaman itu supaya mereka tidak berdepan kesulitan disebabkan kenaikan OPR sehingga tak mampu menjelaskan hutang dibuat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin pula berkata, pihaknya telah menerima sejumlah besar aduan berkenaan masalah yang dihadapi oleh pelbagai persatuan, usahawan dan rakyat ekoran kenaikan OPR.

Abdul Halim Husin
Abdul Halim Husin

“Justifikasi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Bank Negara (BNM) adalah dangkal dan seolah-olah bersifat ikut-ikutan. Kami mempersoalkan fungsi wakil luar lantikan Menteri Kewangan dalam Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara kerana wakil sepatutnya menjaga kepentingan rakyat seolah-olah tidak mempedulikan keadaan mereka yang sedang berdepan kenaikan kos sara hidup.

“Pada masa sama, kenaikan kos operasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) turut meningkat. Nampaknya BNM tidak memahami kesan kenaikan OPR pada rakyat biasa dan PMKS.

“Kerajaan perlu melakukan tindakan intervensi lebih bermakna dan tidak hanya melepaskan BNM mengambil langkah berdasarkan buku teks ekonomi neo liberal, tidak berpijak pada bumi nyata kerana pada ketika ini Malaysia antara negara dengan tahap hutang isi rumah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN,” katanya. – Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini