web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Sentiasa Ingat Kesungguhan Mendiang Samy Membangunkan Negara - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 3:58PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Mendiang Tun S Samy Vellu adalah sosok pemimpin yang berjasa kepada rakyat tanpa mengira kaum,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, jasa dan pengorbanan mantan Presiden MIC itu dalam membangunkan negara dan masyarakat, sudah pasti dirindui seluruh rakyat Malaysia.  

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memaklumkan, beliau yang pernah bersama Samy sebagai pasukan ketika berada dalam Kabinet akan sentiasa mengingati kesungguhan mendiang membangunkan negara. 

“Secara peribadi, saya akan terus mengingati semangat dan kesungguhan mendiang (Samy) terhadap pembangunan negara semasa sama-sama di dalam Kabinet lewat 90-an. 

“Saya yakin jasa dan pengorbanan mendiang akan terus dikenang rakyat serta negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Samy.

“Salam takziah kepada keluarga mantan Presiden MIC, Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia semalam,” katanya. 

Samy yang berusia 86 tahun meninggal dunia di kediamannya di sini pada kira-kira 7 pagi.

Mendiang yang memimpin MIC dari tahun 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Perarakan pengebumian Samy akan dimulakan dari kediamannya di Jalan Ipoh di sini pada 3 petang ini ke Krematorium DBKL di Jalan Kuari, Taman Pertama, Cheras sebagai upacara terakhir.

Susulan kematian beliau, ahli politik dari kedua-dua pihak, sama ada kerajaan atau blok pembangkang merakamkan ucapan takziah serta memberi penghormatan kepada mantan pemimpin Kabinet itu, dengan ramai daripada mereka turut memberi penghormatan terakhir di kediamannya. - Getaran, 16 September 2022

 

Salam takziah kepada keluarga mantan Presiden MIC, Dr S Samy Vellu yang telah meninggal dunia semalam. Mendiang...

Posted by Anwar Ibrahim on Thursday, September 15, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad