web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Yakin PRU-15 Antara Oktober Hingga Disember Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2022 8:09PM

Ahmad Maslan tidak mahu perdana menteri membubarkan Parlimen ketika rakyat dan negara berdepan bencana banjir susulan musim tengkujuh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berpandangan bahawa Parlimen pasti akan dibubarkan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, jelas menjadi petunjuk bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam sedikit masa.  

Bagaimanapun, beliau tidak mahu Ismail Sabri membubarkan Parlimen ketika rakyat dan negara berdepan bencana banjir susulan musim tengkujuh.  

“Ucapan Perdana Menteri semalam membolehkan parti membuat persiapan dan mencongak bila tarikh PRU-15.  

“Justeru, UMNO yakin PRU-15 diadakan pada Oktober hingga Disember ini, namun kena dilakukan sebelum negara mengalami banjir.  

“Jika banjir Disember, jangan buat (PRU-15) Disember. Kalau November pilihan raya, maknanya bubar (Parlimen) Oktober, katanya kepada Getaran hari ini.

Semalam, Ismail Sabri ketika melancarkan Jentera Pemuda UMNO di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, dilaporkan mengulangi pendirian dan janji untuk segera berbincang dengan ‘Top 5’ parti mengenai pembubaran Parlimen.

Beliau ingin memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.  

Malah, Ismail Sabri berharap agar pemimpin dan ahli akar umbi menyerahkan tanggungjawab kepada beliau serta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tarikh sesuai untuk mengadakan PRU-15.  

Dalam pada itu, Ahmad Maslan turut mengesahkan pertemuan dan rundingan ‘Top 5’ dijadualkan pada 30 September ini akan diteruskan.

Menurut beliau, pihaknya yakin ucapan Perdana Menteri semalam disebabkan hasil pertemuan dan rundingan ‘Top 5’ secara tidak rasmi.

“Setiap kali sebelum Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, akan diadakan dahulu mesyuarat ‘Top 5’. diikuti mesyuarat Biro Politik UMNO pada sebelah petang.

“Mereka sering bertemu secara tidak rasmi serta tidak diumumkan secara terbuka di media.

“Itu tidak termasuk pertemuan tidak rasmi ‘Top 5’ di luar,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 10 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'