web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TH Catat Rekod, RM88.09 Bilion Jumlah Deposit Tertinggi Sejak Penubuhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2022 6:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya merekodkan RM88.09 bilion pada separuh pertama tahun ini yang merupakan jumlah deposit tertinggi sejak 59 tahun penubuhannya. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perolehan itu menjadikan TH meraih pendapatan sebanyak RM1.47 bilion dengan keuntungan bersih RM1.03 bilion selepas ditolak peruntukan zakat.

Menurut beliau, lebih 200,000 akaun simpanan baharu juga telah dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan pendeposit TH kini mencapai 8.6 juta orang.

“Keyakinan dan kepercayaan ini diperoleh hasil usaha keras kami dalam membetulkan persepsi yang membelenggu TH, dan memastikan ia terus mampan serta relevan dalam mengurus wang amanah pendepositnya.

“Saya masih ingat lagi, tatkala kepercayaan umat Islam kepada TH merundum kerana kegagalan sesetengah pihak dalam mengurus persepsi yang membelenggunya sebelum ini. Tuduhan seperti penjualan aset, penyelewengan dan sebagainya menyebabkan ramai umat Islam berasa sangsi akan kemampuan TH,” katanya hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, beliau dan Menteri, Datuk Idris Ahmad memandang perkara itu dengan serius, dan berusaha membetulkan persepsi negatif berkenaan sebaik menerima amanah sebagai anggota pentadbiran.

Dalam melaksanakan tersebut menurut beliau, segala transaksi, pelaburan dan perancangan, sama ada yang telah dilaksana atau sedang dilaksana diteliti semula secara terperinci. 

"Ia harus dileraikan dan TH tidak boleh dilihat sebagai institusi merugikan umat Islam, sedangkan matlamat penubuhannya adalah untuk membantu mereka. 

“Aset yang boleh dikekalkan dan berpotensi dipulihkan, kita usahakan supaya dikekalkan serta dimanfaatkan. Matlamat kita, supaya umat Islam kembali mempercayai institusi ini dan kini, ternyata usaha kami membuahkan hasil," katanya. 

Jelasnya, kepercayaan semula rakyat terhadap TH telah berjaya menghasilkan pelaburan yang meningkatkan jumlah pendapatan dan keuntungan agensi kerajaan terbabit. 

Menurut Ahmad Marzuk, kenaikan itu termasuk pelaburan pendapatan tetap yang menyumbang sebanyak RM966.34 juta, pelaburan saham (RM224.62 juta), pelaburan harta tanah (RM213.66 juta) dan  pendapatan lain (RM66.07 juta).

“Semua ini takkan berlaku tanpa kepercayaan dan sokongan dari pendeposit. Ini suatu bukti kejayaan kerajaan dalam mengembalikan kepercayaan pendeposit, yang gagal dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.

“Ini juga suatu manifestasi keseriusan kami dalam menjaga serta memelihara institusi kewangan terbesar milik umat Islam ini. Keyakinan dan kepercayaan ini akan sentiasa dijunjung. 

"Ia bagi memastikan TH mencapai hasratnya membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam Kelima. Teruskan memberi kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan amanah ini demi umat Islam,” katanya. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini