web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontraktor Bumiputera Kemuka 7 Syor Dalam Bajet 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 5:00PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menggesa kerajaan mewujudkan beberapa geran khas kepada industri pembinaan menerusi Bajet 2023 bagi tujuan membimbing dan melatih mereka yang baru dalam industri tersebut.

Presidennya, Datuk Dr Azman Yusoff berkata, terdapat juga keperluan untuk kerajaan memperbanyakkan kerja kepada kontraktor muda dan wanita yang berdaftar dalam kelas G1 hingga G4, khususnya menaik taraf jalan serta penyelenggaraan bangunan.

Menurut beliau, kontraktor kelas G5 hingga G7 pula perlu diberi perhatian supaya lebih produktif dalam usaha komuniti itu memulihkan ekonomi negara.

“Kerajaan juga perlu memperbanyakkan kerja menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) dan mewajibkannya bagi semua projek kerajaan akan datang dengan penggunaan teknik serta teknologi terkini.

“Pada masa sama, pendigitalan kontraktor, penggunaan sistem e-Tender dan lain aplikasi terkini bagi industri pembinaan perlu juga dilaksanakan kerajaan menerusi Bajet 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Azman berkata, kerajaan perlu bekerjasama dengan pemain industri yang sudah berjaya menerusi pembelian saham dalam syarikat berkaitan.

Katanya, jika ia direalisasikan kerajaan mampu mencari jalan bersama bagi mewujudkan rangkaian bahan binaan Bumiputera.

“Kerajaan juga perlu mempermudahkan proses mendapatkan pembiayaan melalui perbankan digital.

“Skop Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia juga perlu diperluaskan agar lebih berkesan dalam usaha mengembangkan peranan kontraktor di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Azman berharap cadangan tersebut dapat dilaksanakan dalam pembentangan Bajet 2023 agar industri ini dapat terus bergerak ke hadapan.

Beliau berkata, ia perlu dilaksanakan terutamanya ketika suasana dan persekitaran ekonomi negara dalam keadaan yang tidak menentu dan amat tenat.

“PKBM menzahirkan rasa amat bersetuju dengan konsep Keluarga Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini kerana kami semua adalah sebuah keluarga yang besar juga dengan hasrat dan tujuan sama demi masa depan lebih baik dan bermakna buat anak bangsa,” katanya.

Ketika ini, seramai  91,252 kontraktor kecil G1 dan G2 membabitkan 67,475 kontraktor G1 serta 23,777 kontraktor G2 berdaftar dengan PKBM.

Julai lalu, PKBM dilaporkan berkata, kira-kira 75 hingga 85 peratus projek pembinaan yang sedang dilaksanakan di negara ini berada dalam keadaan ‘kritikal’ disebabkan kenaikan harga barang melebihi 15 peratus dan situasi inflasi yang kian meruncing. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

2

Semasa 11 bulan yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000